Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Monday, June 9, 2014

Penawar Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, "gastritis", adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik


Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.


Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn (keradangan pada usus)
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya

Dua jenis Gastrik

Akut apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

Kronik terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual (loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Sumber: pmr.penerangan.gov.my

Set Kelegaan Gastrik

ESP Shaklee
  • Bersifat alkali yang boleh meneutralkan keasidan dalam perut.
  • Membina sel-sel baru bagi menggantikan sel2 lama yang telah dihakis oleh asid hidroklorik semasa proses pencernaan makanan.

shaklee ostematrix

  • Digalakkan pengambilannya kerana kalsium bersifat alkali yang dapat meneutralkan keasidan dalam perut. 


  • Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Boleh juga dijadikan air minuman herba semulajadi.
Testimonial : 




Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

No comments:

Post a Comment