Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Sunday, October 19, 2014

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Selsema boleh dialami oleh sesiapa sahaja samaada dewasa, kanak-kanak mahupun bayi. Keadaan boleh bertambah teruk jika jika ia disertai dengan demam. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu,dan suhu yang terlalu sejuk pada waktu malam meningkatkan lagi risiko mendapat selsema dengan mudah. 
Mereka yang mengidap demam selsema akan mengalami 
  • Keperitan pada tekak dan hidung berair yang menyebabkan hilang deria rasa dan bau
  • Sakit kepala dan seluruh anggota badan
  • Mata berasa sedikit panas terutama bila pejam
  • Badan letih dan lesu atau menggigil
  • Bersin yang berterusan, ganguan pada saluran atas pernafasan
  • Juga batuk yang boleh menyebabkan suara menjadi kasar
Risiko mengalami demam selesema adalah lebih tinggi kepada golongan yang memiliki sistem pertahanan tubuh lemah, warga emas kekurangan zat makanan
Biasanya, rawatan paling cepat dan mudah untuk mengatasi demam selsema ialah dengan mengambil Paracetamol / Panadol atau mungkin terus ke klinik untuk mendapat ubat dari pakar perubatan. Namun bagi mereka yang kurang menggemari ubat-ubatan, berikut adalah petua hilangkan demam selesema dengan cepat :
Sup ayam
Pengambilan makanan panas dan berkuah dapat membantu melegakan pernafasan lebih-lebih lagi ketika anda demam dan selesema.
Kulit kayu manis
Masukkan sedikit serpihan kulit kayu manis dalam teh yang sudah disediakan. Selain dapat menyedapkan teh, kulit kayu manis bagus untuk memanaskan badan.
Air asam jawa
Bancuh asam jawa dengan air lalu campurkan gula melaka atau gula pasir sebagai penambah rasa. Amalkan minuman itu untuk menyejukkan badan dan menghilangkan rasa perit tekak.
Kembang semangkuk
Rendam kembang semangkuk dan minum airnya bagi menyejukkan badan sekaligus mengelak daripada terkena demam.
Bawang putih
Boleh tambahkan bawang putih dalam masakan kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibiotik.
Tiram
Hidupan laut ini adalah sumber terbaik untuk zink selain nutrien seperti Omega-3, selenium dan zat besi. Zink penting dalam pembentukan sel darah putih dan paras zink yang rendah boleh memberikan implikasi negatif terhadap sistem imun. Selain itu, zink boleh didapati daripada daging lembu dan ayam.
Halia
Air rebusan halia diminum bukan sahaja bagus untuk melegakan selesema tapi juga menghindarkan angin dalam tubuh.
Sumber vitamin C
Makan lebih banyak buah-buahan kaya dengan vitamin C termasuk limau dan lemon untuk menghindari selesema. Pengambilan tambahan seperti kentang, strawberi dan nanas amat membantu dalam mencegah selsema dan demam.
Sebagai pengedar shaklee, apa yang kami boleh sarankan untuk membantu untuk hilangkan demam selsema dengan cepat?

SET IMUN BOOSTER : Nutriferon, SR Vita C, Garlic Complex & Zinc Complex





Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

DAPATKAN PROMOSI ESP & MEALSHAKES SEPANJANG OKTOBER 2014!  

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Cahaya Vitamin, Rahsia Vitamin & Keluarga Sihat Ceria

8 comments:

  1. Cara mudah tu sememangnya paracetamol tapi sebenarnya tak elok kan bila diambil dalam tempoh yang panjang. Bayangkan kita dah lama amalkan paracetamol ni dari kecil. Sekarang ni memang demam berikhtiar dengan Shaklee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt, dlu2 pnh jgk jd pengamal tegar pcm nih..bila da ade kesedaran & ilmu ttg nutrisi nih ikhtiarkan dgn shaklee je..Alhamdulillah

      Delete
  2. Setuju sgt2..lagi2 la kalau ank kecik yg demam selsema..huhu..susah hati..

    ReplyDelete
  3. Sejak amal shaklee...dah lama dah xde panadol kt gobok ubat tu... 😍

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sup ayam panas-panas. Tak selsema pun suka je makan.

    ReplyDelete
  5. saya suka semuanya yg ada dalam set imun ni

    ReplyDelete
  6. Ooo xtau plak tiram pon elok..leh try ni

    ReplyDelete
  7. best semua vitamin sistem imun ni kan

    ReplyDelete