Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Thursday, October 30, 2014

5 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Apa yang kita dapat bila mendaftar sebagai ahli Shaklee yang bernilai RM75? Beg starter kit sahaja ke? Ada yang mengambil pilihan lain untuk mendaftar Shaklee secara percuma kerana terus nak melihat keuntungan disebalik "RM75" sekali seumur hidup ini.  

Apa kelebihan bila menjadi ahli Shaklee? Bila kita buka beg starter kit yang diberikan oleh Shaklee, kita akan nampak program 3C! 

#1 Program 3C (Cash, Car, Convention)
Cash - bonus tunai bila mencapai point minimum yang disyaratkan. Bonus jualan andata 5% hingga 21% 
Car - bonus kereta yang diberi dalam bentuk tunai untuk pengedar yang layak setiap bulan. 
Convention - percutian/pakej umrah yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee yang bertaraf 4-5 bintang mengikut kelayakan yang ditetapkan. 

#2 Bengkel Nutrisi/Workshop
Maklumat produk-produk Shaklee disampaikan oleh Pakar Nutrisi Shaklee melalui bengkel yang dianjurkan khas untuk ahli Shaklee supaya kita dapat mengamalkan pengambilan supplement Shaklee lebih tepat mengikut tujuan dan keperluan badan serta dapat memperbaiki masalah kesihatan yang dihadapi. 

#3 penjimatan / Promosi bulanan 
Ahli Shaklee menikmati penjimatan sehingga 20% untuk setiap pembelian produk. Setiap bulan, Shaklee akan mengadakan pelbagai promosi seperti Beli 6 Percuma 1 yang hanya ditawarkan kepada ahlinya sahaja. Penjimatan berganda-ganda untuk ahli sahaja!

#4 Pengendalian secara Online
Sejak tahun lalu, Shaklee memperkenalkan sistem pembelian secara online 24 jam sehari / 7 hari seminggu. Untuk mereka yang serius berbisnes dengan Shaklee, tidak perlu berkejar ke branch untuk membeli stok sebelum 7malam kerana sistem online ini tiada had masa lagi menguruskan order untuk pelanggan. Walaupon pada hari cuti, hanya dengan KLIK kita masih boleh berbisnes dan Shaklee akan membuat penghantaran terus kepada anda/pelanggan anda.

#5 Aktiviti kongsi info dan pembelajaran berterusan
Bimbingan dan sokongan dari kumpulan yang berterusan menjadikan proses pembelajaran berkenaan bisnes Shaklee dan produk-produk lebih mudah dengan pelbagai bentuk perkongsian pengalaman, pengetahuan dan panduan yang betul untuk penyelesaian terhadap masalah kesihatan yang dihadapi.



Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

DAPATKAN PROMOSI ESP & MEALSHAKES SEPANJANG OKTOBER 2014!  

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, SihatCantik4u, Ceria With Me & GenkiBaribari

Wednesday, October 29, 2014

Vitamin Shaklee Kesukaan Saya

Hampir semua vitamin Shaklee menjadi kesukaan saya (yerla, dah dia pengedar, pastilah dia cakap macam tu! haha) Saya memang dari dulu bukanlah pengamal tegar supplement atau jamu untuk menjaga kesihatan. Sewaktu di Universiti barulah saya mula belek-belek botol supplement bila masuk farmasi. Saya lebih cenderung kepada supplement untuk kulit dan minda seperti vitamin C, vitamin E dan minyak ikan. Masa itu saya hanya buat perbandingan harga terlebih dahulu, dan barulah kualiti. Student la katakan, nak barang yang hebat tapi bajet ciput. hehe. 

Bila mula berkerja, barulah saya melihat kepada kualiti brand dahulu kemudian membandingkan harga. Ketika itu brand vitamin E kesukaan saya adalah Organic Aid dari pencuci muka, krim pelembap, sabun, dan minyak vitamin e nya. Tapi saya belum berminat untuk mencuba rawatan dari dalaman lagi. Semuanya produk jagaan luaran sahaja. 

Bagaimana saya mengenali Shaklee?
Bila sudah berumahtangga dan bersalin anak pertama, barulah saya diperkenalkan dengan jamu kampung semasa berpantang dan kegunaan selepas habis pantang. Sedapnya badan bila mengamalkan jamu tapi anak kedua saya mengalami Jaundis yang agak teruk membuatkan saya tidak mengambil jamu, hanya menghabiskan ubat dari hospital sahaja semasa berpantang. Sehinggalah anak saya berusia 7 bulan, saya mula mengamalkan 2 produk Shaklee iaitu Alfalfa Complex dan ESP. 

Selain berpuas hati dengan Shaklee Effect yang saya perolehi untuk penyusuan, Alfalfa bagi saya memberi banyak kesan positif seperti saya mengamalkan jamu dulu. Masalah keputihan juga hilang dan paling seronok, masalah bersin setiap pagi akibat resdung juga makin berkurangan. Badan juga terasa ringan dan kurang letih, kesan detox oleh Alfalfa juga. Saya meneruskan pengambilkan Alfalfa sehingga berjaya penyusuan lengkap 2 tahun untuk anak kedua saya. Selain itu saya membuat scrub muka menggunakan Alfalfa dengan hanya mencampurkannya sedikit air untuk membuang sel-sel mati dan menjadikan kulit wajah lebih lembut. Saya hanya berhenti seketika makan Alfalfa ketika hamil anak ketiga. Dan kini, saya kembali meneruskan penyusuan bersama set penyusuan Shaklee dan Alfalfa untuk anak ketiga yang kini sudah mencecah 21 bulan. 

pengedar shaklee penang

pengedar shaklee bukit mertajam

pengedar shaklee bukit mertajam

Selepas mengenali Shaklee, saya turut mencuba Vitamin E Complex. Walaupon saya pernah mengamalkan vitamin e sebelum ini, tapi inilah kali pertama pengambilan bebentuk softgel untuk dimakan. Saya sangat teruja kerana bukan sahaja cepat memudarkan parut, kulit menjadi lembap. Memang saya jarang menyapukan losyen badan sejak mengamalkan supplement Shaklee ni. Kesannya juga lebih cepat berbanding set penjagaan luaran yang saya amalkan dari dulu. Tanpa saya sedari rupanya Vitamin E Complex dan Alfalfa Complex ini memberi Shaklee Effect terhadap keharmonian rumahtangga juga. Disebabkan inilah ia dipanggil vitamin cinta. Patutla pengamalnya sentiasa rasa seolah pengantin baru! hehe. 

pengedar shaklee penang


Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

DAPATKAN PROMOSI ESP & MEALSHAKES SEPANJANG OKTOBER 2014!  

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Kedai Nutrisi, Awesome Vitamins &
AieSarang 

Destinasi Percutian Idaman Saya

Tajuk cabaran kali ni, "Destinasi Percutian Idaman Saya"..macam senang tapi bila mula nak menaip, susah rupanya! Dah macam nak jawab soalan Pop Kuiz plak. Eh, tapi kan soalan macam ni agak popular zaman sekolah dulu kan?  Bila dah berkahwin,ingin merealisasikan "Destinasi Percutian Idaman Saya" ni sebagai destinasi bulan madu, semestinya la kan! Tapi sedih, sebab cuti kahwin tak panjang dan hampir dengan bulan puasa. Huhu..rezeki bakal menerima kehadiran orang baru, seawal 3 bulan perkahwinan. Ditambah lagi dengan perkahwinan jarak jauh kami, menambahkan kesukaran untuk merancang percutian idaman tu. 

Tunggu punya tunggu, sehinggalah anak pertama saya lahir. Saya masih belum sempat pergi bercuti. Hehe..Kami terus dimurahkan rezeki zuriat, belum sempat merancang percutian bertiga, dikhabarkan kehamilan kedua saya! Alhamdullilah. Bila ahli keluarga makin bertambah dan hanya suami yang bekerja, perancangan perlulah lebih terperinci. Saya belum mula berbisnes dengan Shaklee ketika ini. Belum kaya dan bergaya untuk pergi ke destinasi percutian idaman semudah petik jari! hehe..Tapi tak mustahil kan?

Bila mempunyai anak-anak yang masih kecil, takkan la masih nak bercuti ke tempat yang perlu menaiki bot bagai, memanjat bukit segala, berakit-rakit ke hulu semua tu kan? Dan masalah besar saya, tak sanggup tinggalkan anak-anak untuk pergi bercuti! Huhu..maka, Destinasi Percutian Idaman Saya juga perlu diubah agar sesuai dengan keperluan anak-anak juga, takkan masih nak mood bulan madu berdua lagi kan? Sebenarnya bila lihat anak-anak enjoy, kita akan terlebih enjoy dari mereka! Itu yang lebih penting buat kami sebagai ibubapa. Takpa suami ku sayang, kita pergi bulan madu berdua lepas pencen nanti. hehe..moga umur dan jodoh kita panjang, dikurniakan kesihatan yang baik. Amin!

Namun setiap tahun saya masih berkesempatan bercuti bersama keluarga besar kami. Walaupun destinasinya dekat sahaja, itu sebenarnya lebih meriah! Selain hari raya, waktu inilah kami adik beradik dapat berkumpul bersama-sama penuh dengan gelak tawa anak-anak. 

Haa...sebut pasal percutian, dalam bisnes Shaklee salah satu reward yang ditawarkan adalah percutian di dalam dan luar negara. Saya berpeluang untuk membawa keluarga ke Destinasi Percutian Idaman melalui program insentif ini. Pelbagai keistimewaan termasuk pelancongan eksklusif yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Segalanya tiada yang mustahil, harapan biar jelas, usaha sentiasa berterusan, doa dan tawakal padaNya! 





Akan datang, Shaklee menawarkan percutian ke Italy !!! Best kan?

percutian percuma shaklee


Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

DAPATKAN PROMOSI ESP & MEALSHAKES SEPANJANG OKTOBER 2014!  

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Mama Olin, Ratu NutrisiBestieSheTeen

Thursday, October 23, 2014

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee


Saya berkenalan dengan supplement Shaklee melalui set penyusuan minimum iaitu ESP & Alfalfa Complex selepas mendapat info dan testimonial melalui blogger terawal Shaklee Online iaitu GenkiMomma.

pengedar shaklee penang

Selepas berpuashati dengan #ShakleeEffect dari 2 produk ini, saya terus membeli set lengkap penyusuan Shaklee. Di sini beberapa senarai Set Penyusuan Shaklee mengikut masalah yang dihadapi oleh ibu untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun. 

Vitamin Asas Penyusuan DENGAN Alfalfa
· Mengandungi Vitalea, B Complex, Vitamin C, dan Alfalfa
· Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
· Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
· Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
· Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
· Bagi bayi yang mempunyai masalah ekzema, set ini dapat membantu
· Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundis dan ada sesetengah bayi mungkin mengalami sedikit cirit dengan alfalfa. 

Set Asas Penyusuan TANPA Alfafa (Set Eu Four Pack)
· Mengandungi Vitalea, B Complex, Vitamin C, dan Kalsium (Ostematrix)
· Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika haid (PMS)
· Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
· Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
· Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
· Selain itu set ini membantu si ibu lebih cergasbertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

Set Penyusuan DENGAN Alfalfa dan Kalsium
· Mengandungi  Vitalea, B Complex, Vitamin C, Kalsium (Ostematrix) dan Alfalfa
· Set ini memberi kesan yang juga bagus kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protein di dalamnya.


pengedar shaklee penang

Set Penyusuan Lengkap dengan Kalsium, Alfalfa dan ESP
(Set Tripple M)
· Mengandungi Vitalea, B Complex, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP (Soy Protein).
· Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
· Masalah penyusuan yang dimaksudkan dimana ibu menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2jam dan minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari. Maka set ini membantu membaiki kekurangan zat yang diperlukan oleh badan agar si ibu berada dalam kondisi yang lebih baik.
· Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit. 
· Bagi ibu yang baru mula ingin menyimpan stok EBM ini adalah pilihan yang tepat
· Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhenti menyusu anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi pengeluaran susu, dengan tips yang akan dikongsikan nanti, insyaAllah penyusuan boleh disambung semula dengan syarat ibu mestilah rajin dan kuat berusaha.
pengedar shaklee penang

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

DAPATKAN PROMOSI ESP & MEALSHAKES SEPANJANG OKTOBER 2014!  

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, My Info Vitamin & MyFreshVita 

Monday, October 20, 2014

Cara Dapat Keahlian Shaklee Percuma

Anda pengguna tegar Shaklee? Tidak tahu kebaikannya menjadi ahli Shaklee
Selalunya bila saya tawarkan keahlian Shaklee, pelanggan saya akan memberi respon begini, 

"Saya nak beli untuk makan sendiri jaa, takmo buat bisnes pong. Takmau la register" 

Sebenarnya, mendaftar sebagai ahli Shaklee bukan untuk bisnes semata. Saya sendiri pada mulanya mendaftar kerana ingin membeli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah kerana yakin akan terus menggunakan produk ini untuk penyusuan & kesihatan sekeluarga. Tanpa dijangka walaupon hanya membeli untuk diri & keluarga, syarat melayakkan saya mendapat rebet tunai pada bulan berikutnya. Maka bermulalah episod saya menjana pendapatan bersama Shaklee.

Antara kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee adalah dapat membuat pembelian produk Shaklee dengan harga ahli (diskaun sehingga 25% dari harga retail). Jumlah belian setiap bulan akan disertai dengan nilai UV (point) yang akan dipulangkan kepada anda dalam bentuk bonus tunai (antara 5%-21%) jika memenuhi syarat. So, ANDA BELI & ANDA JIMAT!

Dan sebagai ahli Shaklee anda diutamakan dalam pelbagai tawaran promosi produk oleh Shaklee seperti promosi pengenalan produk terbaru, promosi Beli 6 percuma 1 setiap bulan, promosi bermusim Beli 3 percuma 1 dan juga pelbagai booklet dan hadiah (door gift) dari Shaklee untuk event diadakan dengan JEMPUTAN KHAS!

pengedar shaklee bukit mertajam


Bagaimana mendaftar sebagai ahli Shaklee? Ada pilihan, membayar keahlian (sekali seumur hidup) atau dapat keahlian Shaklee PERCUMA!

1) Bayaran keahlian hanya RM65 seumur hidup. ( tambah RM10 untuk kos penghantaran)

2) Keahlian Shaklee PERCUMA & Jimat RM65 jika anda membuat belian mana-mana produk Shaklee sebanyak 200uv ( anggaran RM650 ) dan terus mendapat bonus tunai pada bulan berikutnya

3) Keahlian Shaklee PERCUMA & Jimat RM65 jika anda membeli 2 botol Vivix  dan terus mendapat bonus tunai pada bulan berikutnya


4) Keahlian Shaklee PERCUMA & Jimat RM65 jika anda membeli 3 kotak Collagen Powder dan terus mendapat bonus tunai pada bulan berikutnya


pengedar shaklee penang



Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

DAPATKAN PROMOSI ESP & MEALSHAKES SEPANJANG OKTOBER 2014!  

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Awek Cute & Love Mummy Gojes

Sunday, October 19, 2014

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Selsema boleh dialami oleh sesiapa sahaja samaada dewasa, kanak-kanak mahupun bayi. Keadaan boleh bertambah teruk jika jika ia disertai dengan demam. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu,dan suhu yang terlalu sejuk pada waktu malam meningkatkan lagi risiko mendapat selsema dengan mudah. 
Mereka yang mengidap demam selsema akan mengalami 
  • Keperitan pada tekak dan hidung berair yang menyebabkan hilang deria rasa dan bau
  • Sakit kepala dan seluruh anggota badan
  • Mata berasa sedikit panas terutama bila pejam
  • Badan letih dan lesu atau menggigil
  • Bersin yang berterusan, ganguan pada saluran atas pernafasan
  • Juga batuk yang boleh menyebabkan suara menjadi kasar
Risiko mengalami demam selesema adalah lebih tinggi kepada golongan yang memiliki sistem pertahanan tubuh lemah, warga emas kekurangan zat makanan
Biasanya, rawatan paling cepat dan mudah untuk mengatasi demam selsema ialah dengan mengambil Paracetamol / Panadol atau mungkin terus ke klinik untuk mendapat ubat dari pakar perubatan. Namun bagi mereka yang kurang menggemari ubat-ubatan, berikut adalah petua hilangkan demam selesema dengan cepat :
Sup ayam
Pengambilan makanan panas dan berkuah dapat membantu melegakan pernafasan lebih-lebih lagi ketika anda demam dan selesema.
Kulit kayu manis
Masukkan sedikit serpihan kulit kayu manis dalam teh yang sudah disediakan. Selain dapat menyedapkan teh, kulit kayu manis bagus untuk memanaskan badan.
Air asam jawa
Bancuh asam jawa dengan air lalu campurkan gula melaka atau gula pasir sebagai penambah rasa. Amalkan minuman itu untuk menyejukkan badan dan menghilangkan rasa perit tekak.
Kembang semangkuk
Rendam kembang semangkuk dan minum airnya bagi menyejukkan badan sekaligus mengelak daripada terkena demam.
Bawang putih
Boleh tambahkan bawang putih dalam masakan kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibiotik.
Tiram
Hidupan laut ini adalah sumber terbaik untuk zink selain nutrien seperti Omega-3, selenium dan zat besi. Zink penting dalam pembentukan sel darah putih dan paras zink yang rendah boleh memberikan implikasi negatif terhadap sistem imun. Selain itu, zink boleh didapati daripada daging lembu dan ayam.
Halia
Air rebusan halia diminum bukan sahaja bagus untuk melegakan selesema tapi juga menghindarkan angin dalam tubuh.
Sumber vitamin C
Makan lebih banyak buah-buahan kaya dengan vitamin C termasuk limau dan lemon untuk menghindari selesema. Pengambilan tambahan seperti kentang, strawberi dan nanas amat membantu dalam mencegah selsema dan demam.
Sebagai pengedar shaklee, apa yang kami boleh sarankan untuk membantu untuk hilangkan demam selsema dengan cepat?

SET IMUN BOOSTER : Nutriferon, SR Vita C, Garlic Complex & Zinc Complex





Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

DAPATKAN PROMOSI ESP & MEALSHAKES SEPANJANG OKTOBER 2014!  

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Cahaya Vitamin, Rahsia Vitamin & Keluarga Sihat Ceria

Thursday, October 16, 2014

Menu Diet Sarapan Pagi Popular

Bila ditanyakan sarapan pagi popular, apa menu yang terlintas di fikiran anda?
Nasi lemak? roti canai? mee goreng? telur separuh masak? kuih-muih? Wah tanpa rasa bersalah pada badan ya, kita mulakan hari dengan menikmati hidangan yang berlemak, tinggi kandungan gula, berminyak. Apa yang saya maksudkan untuk menu diet sarapan adalah hidangan ringkas sebelum mengambil sarapan pagi yang lebih berat. 

Bagi yang sedang mengurangkan berat badan, menu diet sarapan perlu memberikan rasa kenyang yang lebih lama, berkhasiat, hidangan yang sederhana tapi memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti sebelum menikmati hidangan tengahari nanti. 

Jom kita lihat apa tips dari Kevin Zahri untuk menu diet sarapan pagi.

pengedar shaklee bukit mertajam

Tips ini khususnya untuk golongan yang bekerja, selalunya mereka tidak sempat untuk menjamah makanan dirumah akibat kesuntukan masa. Bila tiba di pejabat dengan perut yang lapar, terus memesan sarapan yang berat. Berdasarkan tips yang diberikan, mereka boleh cuba alaskan perut sebelum keluar rumah dengan menu diet sarapan samaada berbentuk makanan atau minuman yang berprotein dan serat yang tinggi seperti telur, oat dan buah-buahan.

Lihat Sumber makanan yang tinggi kandungan serat atau boleh merujuk carta dibawah.

pengedar shaklee penang

Walaupun kerjaya saya berlangsung dirumah sepanjang hari dan tidak mempunyai masalah berat badan, seawal 7 pagi saya memilih untuk mengambil menu diet sarapan pagi Shaklee yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan iaitu campuran ESP + Collagen Powder + Milo, rasa coklat yang sangat lazat dan hebat! Perut akan berasa kenyang sementara saya menunggu anak-anak bangun untuk bersarapan bersama mereka. 



Set Mighty 3 Gems yang juga popular sebagai menu diet sarapan pagi yang cepat dan mudah3 langkah sahaja:
  1. Campurkan ESP, Mealshakes dan Performance Drink.
  2. Tambah air. 
  3. Goncang dan sedia untuk diminum!


Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

DAPATKAN PROMOSI ESP & MEALSHAKES SEPANJANG OKTOBER 2014!  


Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Baby Kawaii Store, Miracle Vitamins & LoveHutLadyVitamin

Tuesday, October 14, 2014

Panduan Set Kulit Cantik Shaklee

Kulit yang cantik, bersih dan awet muda memang menjadi idaman setiap wanita. Saya sendiri mengimpikan kulit yang licin, anjal dan kelihatan segar serta kemerah-merahan. Penjagaan asas sangat penting untuk memastikan kulit bebas dari jerawat, parut, berminyak dan pori-pori yang tersumbat. 

Set Kulit Cantik Shaklee terdiri daripada 
  • Anti-penuaan (Vivix, Shaklee Collagen Powder)
  • Supplement Asas untuk Kulit (ESP, B Complex, Vitamin E Complex dan Vitamin C
  • Produk penjagaan kulit (NutriWhite, Enfuselle)

pengedar shaklee penang

Set Kulit Cantik Shaklee ini paling sesuai jika ingin menjaga kecantikan kulit dari dalam bukan saja menjadikan kulit wajah mulus, malah mendapat kesihatan kulit badan secara keseluruhan hingga ke kaki. Akan tetapi ramai wanita masakini samaada yang bekerjaya atau pengurus rumahtangga sepenuh masa mempunyai jadual harian yang menghadkan rutin penjagaan luaran kulit yang lebih teratur seperti:
  1. Membersihkan kulit wajah setiap kali bangun dari tidur dan melepas mengenakan mekap untuk menyingkirkan sel kulit mati dan sisa kotoran.
  2. Meratakan penyegar untuk menutup pori-pori dan menjaga keseimbangan pH semulajadi kulit.
  3. Menyapu krim pelembap/pelindung yang mempunyai SPF (20 minit sebelum keluar rumah) untuk mencegah keradangan kulit serta perlindungan di siang hari dari kesan pancaran matahari dan masalah jerawat/jeragat. 
  4. Pemakaian masker untuk memperbaiki struktur kulit serta mengembalikan seri wajah.
  5. Mengenakan krim malam bagi memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur. 
Agak rumit kan? Tapi itulah yang perlu dilakukan dengan konsisten untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. 
pengedar shaklee bukit mertajam
Set Penjagaan Kulit Shaklee NutriWhite
Selain pengambilan vitamin, pemakanan dan gaya hidup sihat juga penting dalam proses mendapatkan kulit yang cantik. Selalu kita disarankan untuk minum air yang banyak untuk menyingkirkan toksin daripada badan, membolehkan sel menyerap nutrien dan melancarkan sistem pencernaan. Kulit yang cukup air akan kelihatan segar, licin dan sihat.

Lakukan senaman secara rutin boleh membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih segar. Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan lebih teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.
Jauhi tabiat merokok kerana bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan kusam. 

Ingin cara yang lebih mudah untuk kulit cantik? Jom KLIK untuk berkenalan dengan Shaklee Collagen Powder


Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

DAPATKAN PROMOSI ESP & MEALSHAKES SEPANJANG OKTOBER 2014!  


Cabaran Blogging bersama GenkiMommaMin Aina Ila Aina, Saya Jutawan Sihat 
 &  MyChibiBox 

Sunday, October 12, 2014

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee

Saya mengenali Shaklee ketika menghadapi masalah penyusuan anak ke2. Susu badan tiba-tiba sahaja berkurangan ketika kedatangan haid. Dari Genki Momma saya dapat mengetahui produk-produk Shaklee dan dari entry serta testimonial, saya berminat untuk mencuba. ESP dan Alfalfa Complex merupakan produk pertama yang saya cuba. Alhamdullilah dapat mengatasi masalah saya. Selepas 2 bulan, saya mendaftar sebagai ahli. Tanpa saya mengetahui Shaklee sebenarnya bisnes yang boleh menjana pendapatan!

Kenapa saya pilih Shaklee?
  1. Produk Shaklee yang semulajadi, selamat dan sangat berkesan dengan diri saya, keluarga dan kawan-kawan yang telah mengamalkannya. Bukan hanya masalah penyusuan, pelbagai masalah kesihatan boleh diatasi termasuk keletihan menjalankan rutin harian, kestabilan emosi ketika hamil dan berpantang dan masalah kulit.
  2. Bagi saya harga produk Shaklee setanding dengan mutu dan keberkesanannya. Malah ada produknya yang boleh digunakan selama 4-6 bulan. Ia sangat menjimatkan. Dengan ganjaran rebet tunai setiap bulan, pembelian supplement untuk keluarga menjadi lebih menguntungkan. 
  3. Permulaan bisnes Shaklee hanya Sharing kebaikannya melalui FB. Sekadar bersembang bersama keluarga, rakan-rakan yang mempunyai masalah yang sama. Saya lebih yakin untuk bercerita mengenainya berdasarkan pengalaman sendiri. Telah banyak produk Shaklee telah saya cuba. 
  4. Memandangkan saya seorang surirumah, bisnes Shaklee sangat bersesuaian kerana ia tidak memerlukan modal yang besar dan tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Pembelian stok hanya dilakukan bila ada permintaan. 
  5. Strategi bisnes yang dijalankan secara online sepenuhnya. Tiada kekangan masa perlu menghadiri kelas atau seminar tertentu. Bimbingan dari Upline juga dijalankan secara online (webinar/email/whatsapp dll) sewaktu dirumah sahaja. Memandangkan konsep group kami berasaskan family bisnes, seminar yang dianjurkan pula sangat mesra keluarga, anak-anak kecil boleh dibawa bersama, ini sangat memudahkan saya!
  6. Pelbagai perkongsian dari pihak Shaklee juga seperti Health Talk dari nutritionist yang diberi secara percuma untuk menerangkan lebih lanjut mengenai produk-produknya. Jika berkesempatan, saya akan menghadirinya untuk menambahkan ilmu supaya konsultasi kepada customer lebih meyakinkan.
  7. Dengan mekanisme baru yang dilancarkan oleh pihak Shaklee, iaitu pembelian secara online lebih memudahkan saya kerana urusan bisnes hanya dihujung jari dan berlangsung 24jam. Penghantaran pos juga diuruskan oleh pihak Shaklee. Sangat mudah kan?


Ingin menyertai group Shaklee kami? Daftar sebagai ahli untuk pembelian produk Shaklee dengan lebih murah dan bersama jana pendapatan bersama kami!


Shaklee Bukit Mertajam




Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

DAPATKAN PROMOSI ESP & MEALSHAKES SEPANJANG OKTOBER 2014!  

Cabaran Blogging bersama Genki MommaCelik Nutrisi, Vitamin Kita, & Dhiya Vitamins.