Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Wednesday, June 25, 2014

Kelebihan CoQ Health Plus


Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu dikalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang
dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala,mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.

pengedar shaklee bukit mertajam



CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.




pengedar shaklee bukit mertajam


Manfaat CoQHealth™ Plus :
  • Mengandungi koenzim Q10 yg penting untuk sel tubuh (mitokondria dalam otot) bagi meningkatkan penghasilan tenaga untuk kekal berfungsi .
  • Melindungi arteri terhadap pengoksidaan LDL dan mengelakkan penyakit kardiovaskular seperti arteri tersumbat 
  • Membantu meningkatkan penghasilan insulin yang membantu pesakit diabetis.
  • Merawat masalah penyakit gusi.
  • Membantu merawat pesakit Parkinson 
  • Mencegah sakit kepala dan serangan Migrain 
  • Untuk lelaki, membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma yang berkualiti
  • Untuk ahli sukan, meningkatkan stamina dan prestasi dengan dos pengambilan 100mg sehari sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu 
Perbezaan Shaklee : 
  • Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 didalam ™CoQHealth   Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu  menyokong  kesihatan   endothelium  (lapisan  tisu  antara kapilari darah dan jantung).
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan   mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semula jadi  daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya  telah  diuji  dan  diyakini  ramai  secara  meluas  mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
  • Tanpa Gluten.

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

PROMOSI 1-30 JUN 2014 Beli 6 Percuma 1 Vitamin E Complex

Group B Streptococcus (GBS)

Group B Streptococcus

Kebanyakan ibu hamil mengalami GBS+ve. Akan tetapi, bakteria tersebut tidak membahayakan kesihatan mereka. Cuma perhatian perlu diberikan pada bayi kerana kesannya cukup serius.

Group B Streptococcus (GBS) ialah sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan kuman pada darah. GBS selalunya ditemui pada bahagian vagina dan dubur kebanyakan ibu hamil. Untuk pengetahuan, kuman jenis ini tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit kerana orang tersebut dijadikan perumah. Walaupun begitu, GBS boleh menyebabkan jangkitan kecil pada bahagian pundi kecil. GBS sememangnya tidak berbahaya kepada ibu sebaliknya ia bahaya kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Seperti kebanyakan masalah jangkitan lain, tiada gejala yang nyata untuk penyakit ini. Jadi sukar untuk mengetahui adakah anda GBS+ve ataupun tidak. Ini turut merumitkan doktor untuk mengesan sama ada bakteria tersebut berupaya menjangkiti bayi yang bakal lahir ataupun sebaliknya.

Seseorang ibu hamil yang dijangkiti GBS akan berpotensi untuk menyebarkannya kepada bayi yang bakal dilahirkan pada sekitar 40 hingga 70 peratus. Pun begitu, daripada jumlah tersebut hanya 0.5 hingga 2 peratus bayi yang akan dijangkiti. Keadaan ini dinamakan neonate GBS. Kiraan tersebut dibuat berdasarkan satu kes bagi setiap 1000 kelahiran di seluruh dunia.


Umumnya GBS Neonate Boleh Dibahagikan Kepada 2 Jenis

Early Onset

Jenis ini sering berlaku. Tanda-tanda bayi dijangkiti GBS early onset akan muncul dalam tempoh 6 jam hingga seminggu selepas dilahirkan. Hampir 80 peratus kes menunjukkan bahawa tanda-tanda dikesan dalam jangka masa 72 jam pertama bayi. Jangkitan jenis ini boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru, otak, saraf tunjang dan darah. GBS early onset boleh jadi lebih serius.

Late Onset


GBS jenis ini pula agak jarang berlaku. Bayi lazimnya tidak menunjukan sebarang tanda jangkitan sehinggalah dia berusia seminggu hingga enam bulan. Hampir separuh daripada bayi ini mendapat jangkitan semasa proses kelahiran. Manakala, separuh lagi mendapatnya selepas dilahirkan iaitu menerusi hubungan dengan ibu yang GBS+ve atau orang lain yang mempunyai masalah sama. Masalah kesihatan yang biasa mengganggu bayi yang dijangkiti ialah meningitis.

Walaupun purata bayi yang akan mendapat jangkitan sangat rendah, doktor tidak pernah menganggapnya masalah remeh. Hal ini adalah kerana jika tidak dirawat segera selepas disahkan terkena jangkitan, dikhuatiri bayi akan mati.


Antara Simptom-Simptom Yang Mungkin Dapat Dilihat Pada Bayi Yang Dijangkiti Ialah:
  • Badan letih dan lesu
  • Kurang menangis
  • Kurang menyusu
  • Pernafasan tidak normal (terlalu cepat atau berbunyi)
  • Jaundis yang berpanjangan
  • Sawan
Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda seperti yang telah dinyatakan, segeralah bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ketahuilah bahawa, walaupun dijangkiti kuman, suhu badan bayi tidak akan meningkat seperti yang selalu berlaku pada orang dewasa.

Lazimnya bayi yang dijangkiti bakteria ini akan diberikan penisilin untuk membersihkan darahnya. Selain itu, rawatan rapi turut diberikan bagi memastikan organ tubuhnya dapat berfungsi dengan baik sehingga semua bakteria dapat dimusnahkan oleh sistem tubuhnya sendiri. Sebenarnya perkara yang paling penting ialah rawatan segera. Hal ini adalah kerana lebih cepat seseorang bayi itu dirawat, semakin cerah peluangnya untuk sembuh. Bagi wanita yang pernah melahirkan bayi GBS atau bayi meninggal secara tiba-tiba tanpa sebab-sebab tertentu terutamanya selepas seminggu dilahirkan, anda perlulah berhati-hati ketika berhadapan dengan kehamilan berikutnya.

Untuk memastikan adakah seseorang ibu hamil itu membawa GBS atau tidak, ujian HVS C&S (High vaginal swab culture and sensitivity) akan dilakukan. Ujian tersebut akan dibuat dengan mengambil sedikit cecair dari dalam vagina untuk melihat organisma yang wujud di dalamnya. Dari situlah, doktor akan dapat mengenal pasti ibu hamil yang membawa GBS. Seperti pada bayi, ibu yang dijangkiti akan diberikan penisilin semasa proses kelahiran.


Bayi Anda Berpotensi Untuk Dijangkiti Jika:
  • Anda pernah melahirkan bayi yang dijangkiti GBS+ve.
  • Anda mengalami kesakitan bersalin yang terlalu lama.
  • Air ketuban pecah dalam tempoh yang agak lama sebelum proses kelahiran berlaku.
  • Dilahirkan kembar.
  • Berat badan semasa dilahirkan kurang.
  • Anda menghidapi choriomnionitis, iaitu jangkitan kuman dalam rahim yang menyebabkan demam, sakit pada bahagian uterus dan sel darah putih meningkat.
  • Lahir pramatang.

Kesan GBS+ve Pada Bayi

Sebelum Dilahirkan
  • Jantung bayi menjadi lemah dan berkemungkinan lemas.
  • Berisiko untuk meninggal sebelum dilahirkan.
Selepas Dilahirkan
  • Keradangan paru-paru yang akan menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Sepsis - putrefaktif (penghancuran) dan pereputan tisu oleh bakteria penyebab penyakit atau toksinnya.
  • Meningitis - jangkitan kuman pada otak.

Sumber : Bidan bersalin 

Berpuasa dengan Set Kombo Ramadhan

Pengedar shaklee penang
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Sebagai minuman tambahan semasa BERSAHUR @ BERBUKA 
  • supaya kekal bertenaga 
  • mengawal rasa lapar 
  • mengurangkan rasa haus 
  • mengelakkan dehidrasi

ESP
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Performance Drink
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul) 
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
Meal Shakes
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
  • Hidangan segera untuk para atlet
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Hubungi saya untuk mendapatkan SET KOMBO RAMADHAN:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

PROMOSI 1-30 JUN 2014 Beli 6 Percuma 1 Vitamin E Complex

Tuesday, June 24, 2014

Pulihkan Anemia : Set Tambah Darah

Sel Darah Merah

Sel darah merah sangat penting kerana peranannya yang membawa oksigen ke seluruh tubuh dan membuang karbon dioksida dari tubuh. Sel darah merah kaya dengan kandungan hemoglobin yang mengandungi zat besi- yang boleh bergabung dengan oksigen untuk dibawa ke seluruh badan. Keaktifan besi juga dapat menyebabkan sel darah merah berwarna merah pekat. Sel darah merah dihasilkan di limpa atau kura, hati dan sumsum merah pada tulang pipih. Sel darah merah yang sudah mati dihancurkan di dalam hati. Seiring dengan waktu, sel darah merah akan habis dan mati, namun sumsum tulang terus menghasilkan sel darah merah secara berterusan (kecuali terdapat gangguan dalam fungsinya). Di samping itu, beberapa jenis makanan tertentu juga mampu membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah.

Kurang Darah atau Anemia

Anemia adalah satu keadaan di mana tubuh menghasilkan terlalu sedikit sel darah merah atau setiap sel mengandung terlalu sedikit hemoglobin. Kekurangan zat besi merupakan sebab paling kerap untuk anemia berlaku yang dikenali sebagai anemia mikrositik. Namun anemia mikrositik juga boleh berlaku kerana penyakit-penyakit darah (hemoglobinopathies) lain seperti anemia sel sabit dan talasemia.

Disarankan untuk dewasa tidak berhaid (lelaki dan wanita putus haid) harus mengambil sekurang-kurangnya 8 mg zat besi setiap hari, sementara wanita yang masih mempunyai kitaran haid memerlukan lebih banyak zat besi besi, sekitar 18 mg per hari. Pengambilan makanan yang kaya akan vitamin C seperti buah jeruk dapat membantu meningkatkan penyerapan zat besi dari makanan yang anda konsumsi. Normalnya, wanita memerlukan sekurang-kurangnya 75 mg dan lelaki 90 mg vitamin C setiap hari.

Jika anda mengalami anemia, beberapa jenis makanan berikut dapat membantu tubuh anda meningkatkan produksi sel darah merah tubuh anda.


Bahaya Untuk Pengidap Anemia


1. Makanan Yang Kaya Zat Besi

Tubuh menggunakan zat besi untuk membuat hemoglobin. Hemoglobin membantu membawa dan menyimpan oksigen dalam tubuh. Mengamalkan makanan yang kaya zat besi dapat mencegah anemia dan memastikan sel-sel tubuh mendapatkan bekalan oksigen yang cukup. Sumber zat besi dari makanan antara lain daging merah, organ seperti ginjal dan hati, kekacang, sayuran berdaun hijau, seperti bayam dan kangkung, plum kering, kismis kering dan kuning telur.


2. Makanan Yang Kaya Vitamin B-12

Vitamin B-12 adalah vitamin B-kompleks yang penting untuk sintesis DNA dan produksi sel darah merah di sumsum tulang. Rendahnya tingkat B-12 menyebabkan pembelahan sel yang abnormal dalam sumsum tulang sehingga akan menghasilkan sel darah merah yang belum matang, yang dikenal dengan istilah megaloblasts. Pasien dengan megaloblasts menderita anemia megaloblastik karena sel-sel darah merah yang abnormal tidak dapat menyimpan atau mengangkut oksigen ke sel tubuh.

Sumber semulajadi Vitamin B-12 boleh diperoleh dari makanan seperti hati lembu, ikan, daging merah, telur, susu, produk tenusu dan bijirin. Anda juga disarankan untuk memeriksa label produk makanan untuk memastikan kandungan vitamin B-12 dalam produk tersebut.


3. Makanan Yang Kaya Asid Folik

Asid Folik, juga dikenal sebagai vitamin B9, merupakan vitamin B kompleks yang membantu tubuh anda menghasilkan sel-sel darah merah baru yang sihat. Individu yang mempunyai tahap asid folik dalam badan yang rendah mudah mengalami anemia. Jika begitu, anda dapat meningkatkan sel-sel darah merah dalam tubuh dengan mengambil makanan yang kaya asid folik. Contohnya roti dan serat (cereal) yang diperkaya, sayuran berdaun hijau, seperti kangkung dan bayam, dan kekacang.


pengedar shaklee bukit mertajampengedar shaklee bukit mertajampengedar shaklee bukit mertajam


1. Vita-Lea® Iron Formula (dengan zat besi)

Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
2. B Complex

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
  • Untuk wanita yang sedang merancang untuk hamil, jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural janin sebelum percantuman ovum dan sperma dan 12 minggu  pertama dalam tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat (jam demi jam) dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Hubungi saya untuk mendapatkan SET TAMBAH DARAH:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

PROMOSI 1-30 JUN 2014 Beli 6 Percuma 1 Vitamin E Complex

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Thursday, June 19, 2014

Rahsia Bawang Putih

Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

APA KEISTIMEWAAN GARLIC SHAKLEE?
  1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
  4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
  5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
  10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
  11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
  12. Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
  • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
  • Perut memulas (stomach upset)
  • Cirit-birit (Diarrhea)
  • Bronkitis
  • Luka-luka (infected wounds)
  • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing


Hubungi saya untuk mendapatkan Garlic Shaklee:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.


Tuesday, June 17, 2014

Testimonial Vitamin E Shaklee : Rawat Kudis

"Bermula dgn 1 biji air gatal di lengan yg menjadi kudis, kemudian merebak ke beberapa bahagian badan si kecil. Ia amat membimbangkan saya sbg ibunya. Memandangkan anak masih menyusu bdn, sy ambil peluang consume nutriferon utk kuatkan sistem imunnya. Selain itu, saya sapukan luka dgn krim yg dibeli di farmasi. Ada bahagian tertentu yg lukanya beransur pulih. Tapi luka yg besar jadi semakin teruk! Silap saya tak teringat pula vita E shaklee bagus utk bantu baikpulih luka! Slps 5 hari (11/6), saya hentikan sapuan krim farmasi dan mula sapukan vita E shaklee pada luka2 tersebut. Syukur padaNya.. luka beransur kering dan kini tinggal parut yg semakin pudar.. Tq Allah..Tq Shaklee!" 
-Puan Aini (hebatkan.blogspot.com)

vitamin e shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Sunday, June 15, 2014

Kalsium : Apa Yang Perlu Tahu?


ostematrix

Baik untuk Tulang & Gigi

Kalsium terbaik dan sangat dikenali dengan memperkukuhkan tulang dan gigi. Malah,kebanyakan daripada kalsium pada tubuh kita disimpan di tulang dan gigi. Apabila tulang menjalani proses rutin untuk tubuh badan, termasuk kerosakan dan pembentukan semulakalsium membantu dalam membina tulang baru.

Penting mendapatkan kalsium yang cukup untuk memastikan tulang-tulang sentiasa kuat di sepanjang hayat kita, tetapi terutama semasa zaman kanak-kanak, dimana tulang masih melalui fasa pertumbuhanIa juga penting semasa usia tua, apabila tulang mula rosak lebih cepat berbanding proses membina semula tulang baruTulang-tulang ini menjadi semakin rapuh dan dengan mudah patah, ia dipanggil osteoporosis.

Kalsium juga memainkan peranan penting di beberapa fungsi badan lain , termasuk:

  • Transmisi isyarat saraf
  • Pembebasan hormon
  • Pengecutan otot
  • Fungsi saluran darah yang baik
  • Pembekuan darah
  • Terdapat juga bukti awal kalsium itu mempengaruhi tekanan darah rendah dan membantu melindungi terhadap kolorektal dan kanser prostatBagaimanapun, faedah-faedah ini masih belum disahkan di kajian.
Berapakah Kalsium Adakah Anda Perlukan?

Berapakah kalsium anda perlu bergantung kepada umur dan jantina anda. Jadual diet setiap hari dicadangkan untuk kalsium:


Umur                   Wanita             Lelaki 

1-3 tahun             700 mg             700 mg

4-8 tahun             1,000 mg          1,000 mg

9-13 tahun           1,300 mg          1,300 mg

14-18 tahun         1,300 mg          1,300 mg

19-50 tahun         1,000 mg          1,000 mg

51-70 tahun         1,000 mg          1,200 mg

Lebih 71 
tahun    1,200 mg          1,200 mg

Pengambilan lebih daripada banyaknya kalsium  seperti yang dicadangkan termasuk dari makanan dan supplement meningkatkan risiko kesan sampingan. Jadii a terbaik mengelak mengambil terlalu banyak.


Sumber: http://www.webmd.com/vitamins-and-supplements/lifestyle-guide-11/calcium


Hubungi saya untuk mendapatkan Kalsium Shaklee Ostematrix:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Thursday, June 12, 2014

Tidak Cukup Susu

pengedar shaklee bukit mertajam


Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol Kerap kali ini adalah tidak benar . Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :
  • Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
  • Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
  • Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
  • Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.
  • Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
  • Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
  • Ibu mengalami tekanan emosi.
Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :
  • Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
  • Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
  • Pastikan bayi melekap dengan betul.
  • Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
  • Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.
  • Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
Untuk memastikan bayi anda mendapat cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :
  • Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
  • Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
  • Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
  • Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
  • Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.
  • Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.
  • Bayi cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.
set menyusu

Set Minimum untuk membantu Penyusuan Ibu

ESP:
mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Disamping itu Isoflavone melambatkan, membantu melembap, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara. Merupakan sumber protein yang baik untuk ibu dan bayi.

Alfalfa Complex:
telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Juga agen detox yang baik untuk kesihatan buah pinggang dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.


set menyusu breastfeeding

Wednesday, June 11, 2014

Menurunkan Kolestrol Dengan Phytocol-ST


turunkan kolestrol


Phytocol-ST Shaklee terbukti menurunkan kolestrol secara berkesan dan semulajadi.

Produk terbaru yang akan dilancarkan oleh Shaklee pada National Conference yang berlangsung pada 7-9 Jun 2014 yang membantu menurunkan kolestrol secara semulajadi.


Phytocol-ST adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.


turunkan kolestrol


Kelebihan dan Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee

  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol berdasarkan lebih 80 kajian.
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
Bagaimana Fitosterol Bertindak?
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, fitosterol bersaing dan akan menghalang kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam salur darah anda dan semakin mudah untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL anda.

turunkan kolestrol

turunkan kolestrol

turunkan kolestrol


Kolesterol
Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, ia boleh mengancam nyawa. Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera: 
  • Masalah Pernafasan
  • Sakit dada
  • Pening
  • Denyutan jantung yang tidak tetap
  • Loya dan muntah-muntah
  • Kebimbangan melampau
  • Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
  • Berpeluh dingin

Testimoni Phytocol-St yang Berjaya !
Testimoni pertama dari Sales Director Shaklee iaitu Ethan Wang yang mengambil Phytocol-ST. 


testimonal shaklee

testimonial shaklee

testimonial shaklee

Hubungi saya untuk mendapatkan produk TERBARU Shaklee ini:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Monday, June 9, 2014

Penawar Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, "gastritis", adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik


Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.


Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn (keradangan pada usus)
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya

Dua jenis Gastrik

Akut apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

Kronik terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual (loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Sumber: pmr.penerangan.gov.my

Set Kelegaan Gastrik

ESP Shaklee
  • Bersifat alkali yang boleh meneutralkan keasidan dalam perut.
  • Membina sel-sel baru bagi menggantikan sel2 lama yang telah dihakis oleh asid hidroklorik semasa proses pencernaan makanan.

shaklee ostematrix

  • Digalakkan pengambilannya kerana kalsium bersifat alkali yang dapat meneutralkan keasidan dalam perut. 


  • Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Boleh juga dijadikan air minuman herba semulajadi.
Testimonial : 




Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Thursday, June 5, 2014

Kelebihan Vitamin E Complex

Setiap bulan, Shaklee akan mengadakan promosi beli 6 percuma 1 untuk salah satu produknya. Untuk Jun 2014, promosi beli 6 percuma 1 ini, merupakan giliran Vitamin E Complex. Vitamin E ini selalunya dikaitkan untuk kecantikan kulit,parut dan juga dikenali sebagai vitamin cinta kerana meningkatkan kualiti hubungan intim suami-isteri dan membantu kesuburan untuk mereka yang sedang ikhtiar untuk mendapatkan anak. Banyak lagi sebenarnya kebaikan jika mengamalkan Vitamin E ini.

Manfaat utama yang diperolehi bila mengamalkan Vitamin E Complex adalah
  • Melindungi Jantung : Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah unutkk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik); mengurangkan tekanan darah; menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri; menghalang anemia hemolitik,; penyakit jantung dan sebagainya
  • Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif : kajian pada tahun 2924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki yang mengambil 600IU-8000IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kuantiti sperma mereka
  • Anti-Penuaan : 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, menurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Anti-Oksida yang Kuat : pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk antioksida yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang dan melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan
  • Kelestarian Tenaga : meningkatakan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.
  • Memperbaiki Arthritis : meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat kekejangan bahu, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi
  • Menghalang Keguguran : merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom pra haid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin; keguguran.
  • Memperbaiki Parut : memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu terus pada luka untuk mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan kesan parut.
pengedar shaklee bukit mertajam

Dapatkan Promosi Beli 6 Percuma 1 Vitamin E Complex ini pada harga RM894.

ATAU hubungi saya untuk mengetahui cara mendapatkan KEAHLIAN PERCUMA & BONUS TUNAI dengan belian Promosi Beli 6 Percuma 1 Vitamin E Complex. 

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Wednesday, June 4, 2014

Apa itu penyakit GERD?

PERNAHKAH anda berasa tidak selesa selepas makan hidangan yang berat, loya serta sering pedih ulu hati pada waktu malam? Andai itulah masalah yang sering dialami, anda berkemungkinan mengalami gejala penyakit gastroesophaegal reflux atau GERD.

Dianggarkan, 50 peratus jumlah penduduk dewasa menghidap sekurang- kurangnya satu masalah usus di Malaysia. Kesilapan atau kegagalan mengenal pasti GERD ini boleh menyebabkan rawatan salah dan tidak berkesan.

Namun apa sebenarnya masalah GERD ini? Ketua Gastroenterologi dan Hepatologi Universiti Malaya, (UM) Prof Datuk Dr Goh Khean Lee, menjelaskan apabila kita makan, makanan melalui tekak ke perut melalui esofagus (saluran makanan). Sebaik makanan di perut, gegelung serat-serat otot menghalang makanan tertolak semula ke esofagus.

"Serat otot ini dipanggil lower esophaegal sphichter atau LES. Kalau otot ini tidak tertutup dengan betul, maka makanan, cecair dan asid perut boleh meleleh atau tertolak masuk semula ke esofagus. Keadaan ini dikenali GERD yang boleh menyebabkan pelbagai gejala dan merosakkan esofagus
,
" katanya pada bengkel `Cegah GERD Daripada Menyerang Perut' anjuran syarikat farmaseutikal AstraZeneca, di ibu negara, baru-baru ini.

GERD boleh menyerang semua tanpa mengira usia tetapi lazimnya dialami golongan muda pada peringkat paling produktif hidup mereka. Penyakit ini boleh mendatangkan kesan kepada mutu kehidupan seseorang serta prestasi kerja mereka.

Apa yang pasti, kata Dr Goh, penyakit ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti masalah sukar bernafas, pendarahan dan kecederaan esofagus, serta barah esofagus bagi sekumpulan kecil pesakit.

"Ramai pesakit yang tidak sedar mereka ada gejala GERD dan juga penyakit ini boleh mendatangkan kesan yang serius jika tidak dirawat."

Katanya, ramai keliru gejala GERD dengan masalah gastroenenterologi lain yang boleh membawa kepada kesilapan diagnosis. Oleh kerana gejala tidak difahami dengan jelas, ramai menganggap gejala GERD adalah sakit biasa termasuk masalah ringan seperti ketidakcernaan sehinggalah gejala lebih serius seperti serangan jantung. Orang ramai perlu pandai membaca tanda- tanda GERD supaya mereka boleh mendapat rawatan sewajarnya.

Gejala yang biasa berlaku antaranya berasa seperti makanan tersangkut di rangka atau tulang dada, pedih hulu hati (di bawah tulang dada), rasa pedih makin menjadi ketika melutut, membongkok, berbaring atau makan, rasa lebih teruk di waktu malam dan hanya berasa reda dengan pengambilan ubatan antasid dan loya selepas makan.

Mereka yang percaya bahawa ketidakcernaan adalah penyebab kepada ketidakselesaan mereka selalunya akan merawat masalah mereka dengan antasid tanpa memeriksa terlebih dulu jika ada masalah asas lain. Sesetengah ubat dijual menerusi kaunter boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk. Oleh itu mintalah nasihat doktor sebelum cuba mengubati diri sendiri.

Selain itu, ketidakselesaan akibat pedih hulu hati dapat dirasakan di sekitar kawasan dada, dan ada percaya bahawa serangan jantung akan pasti berlaku. Jika ini bukan masalahnya, GERD boleh dipertimbangkan sebagai diagnosis kerana kebanyakan penghidap GERD mengalami apa yang dipanggil sakit dada bukan kardium. Keadaan ini mungkin berbahaya dan kami menggalakkan pesakit menyedari kesamaan dan perbezaan antara gejala serangan jantung dan gejala GERD.

Mengikut kajian kesan GERD terhadap mutu kehidupan di Asia baru-baru ini, dianggarkan 60 peratus pesakit GERD merasa tidak sihat, mengelak makanan dan minuman tertentu, letih dan khuatir disebabkan gejala GERD, manakala 50 peratus terjaga dari tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat gejala penyakit.

Gangguan tidur mengganggu produktiviti dan waktu santai pesakit dengan 67 peratus melaporkan kesan besar dan sederhana terhadap produktiviti kerja mereka. Sebanyak 63 peratus responden pula melaporkan kesan yang sama terhadap waktu santai mereka.

Apa yang membimbangkan, kajian ini mendedahkan penghidap GERD memandang ringan kesan buruk penyakit terhadap mutu kehidupan mereka dan tidak menyedari bahawa ini boleh mendatangkan kesan kesihatan jangka panjang yang serius.

Mereka hanya mendapatkan rawatan apabila rasa sakit dan ketidakselesaan semakin kerap. hampir separuh pesakit menanggung gejala sekurang-kurangnya enam bulan sebelum berjumpa doktor.

Pesakit GERD yang teruk mungkin diberikan ubat seperti esomeprazole yang menghalang pengeluaran asid dan pengaliran ke esofagus.

Asid perut adalah kasar dan lapisan esofagus pula lembut dan andai masalah ini berterusan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kerosakan tisu pada lapisan esofagus sehingga menyebabkan hakisan yang dipanggil esofagitis. Walaupun ada rawatan bersesuaian dan antasid ia sekadar meredakan dan kurang berkesan.

Seperti ditegaskan Dr Goh: "Mereka tidak perlu menderita dalam diam, dapatkan nasihat doktor bagi mengetahui lebih jelas tahap penyakit anda.

Hanya selepas itu anda boleh mendapat rawatan yang khusus untuk masalah GERD."

Pengalaman Pesakit: Kerap Bisa Ulu Hati, Sukar Tidur

EPISOD penyakit Gastroesophaegal Reflux (GERD) dialami pesara yang pernah bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini bermula 13 tahun lalu. Ia bermula dengan rasa tidak selesa selepas makan hidangan yang berat dan seakan ada sesuatu yang tidak dicerna dengan baik dan `tersangkut' di belakang tulang dada, angin serta pedih hulu hati.

Susainathan Arokiasamy, 63, bukan saja sukar untuk menjalankan tugasnya dengan sempurna malah ia turut mengganggu waktu tidur akibat sering terjaga kerana gangguan GERD.

"Kadangkala selepas terjaga, untuk tidur semula sangat sukar. Saya perlu duduk sebentar untuk meredakan rasa tidak selesa dan pedih hulu hati sebelum boleh berbaring semula. Kerja di pejabat juga turut terganggu kerana saya menjadi letih akibat kurang tidur dan tidak mampu membongkok atau melutut akibat rasa sakit.

Pada mulanya, dia menyangka sekadar mengalami masalah angin di perut akibat tersalah makan, lalu cuba mengelak daripada makan makanan dan minuman tertentu yang difikirkan akan menyebabkan masalah itu.

Ternyata diet bukanlah punca masalah yang dialaminya itu. Susainathan tetap diserang loya, pedih hulu hati lebih malang lagi dia mula rasa tertekan dan dihantui rasa bimbang apabila segala ubat jenis antasid yang dibeli di kaunter sekadar meredakan dan tidak berkesan merawat masalahnya.

Hanya selepas enam bulan menderita dalam diam, bapa kepada seorang anak perempuan ini merasa sudah sampai masa untuk berjumpa dengan pakar bagi mengesan masalah sebenar.

"Saya berjumpa doktor pakar di PPUM dan perkara pertama yang dilakukan ialah soal selidik mengenai latar belakang aktiviti kehidupan yang dilalui selama ini sebelum melakukan endoskopi untuk melihat dengan lebih dekat keadaan di dalam esofagus saya. Doktor menjelaskan akibat GERD, asid perut yang agak kasar sifatnya tertolak ke lapisan esofagus yang lembut. Ia merosakkan tisu pada lapisan esofagus sehingga menjadi kemerah-merahan," katanya.

Itulah kali pertama dia sedar kewujudan GERD dan antara punca mengapa ia menyerangnya dipercayai kerana amalan merokok yang menjejaskan kesihatan. Namun, Susainathan agak bertuah kerana masalahnya itu dikesan awal dan tidak dibiarkan melarat. Selepas mendapatkan rawatan, penyakitnya sembuh hanya dengan mengambil ubatan seperti esomeprazole dan tidak perlu dibedah.

"Saya gembira kerana bukan saja merasa semakin sihat malah berjaya kembali menikmati kualiti hidup berkeluarga dan bermasyarakat yang lebih baik malah berjaya berhenti merokok," katanya.

Nasihat Susainathan, selain daripada mengambil ubat secara teratur, mengubah kepada amalan gaya hidup yang baik juga akan membantu proses penyembuhan segera.

GERD boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat seperti:

  • Kekalkan berat badan yang ideal. Mengurangkan 10 peratus berat badan mampu menjauhi GERD
  • Makan sedikit tetapi kerap.
  • Tinggikan bahagian kepala katil anda enam ke lapan inci bagi membantu graviti memastikan asid gastrik kekal di dalam perut
  • Jangan berbaring sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan
Elakkan:
  • Makanan berlemak, pedas, berasid, berangin, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat
  • Merokok
  • Minum alkohol
  • Memakai pakaian yang ketat

Sumber: Berita Minggu - Sun, Nov 27, 2011 - Rona - Oleh Suzan Ahmad