Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Tuesday, May 9, 2017

Promosi Shaklee May 2017

Assalamualaikum 😁. Lama tak buat entry untuk blog ni. Masih aktif sebagai pengedar Shaklee, boleh lawat Facebook (Hasmuni Mahmud) & instagram saya (muni_mahmud)

Bermula bulan lepas, Shaklee dah menamatkan promosi beli 6 percuma 1 yang menjadi tradisi dalam jualannya bertahun-tahun lamanya..ekekek..Jadi, takmau dah pm saya tanya promosi produk mana kak bulan ni? Memang nan hado dik. Bulan lepas Shaklee membuat promosi belian dengan belian ( purchase with purchase) barangan yang bagus-bagus dan sangat praktikal. Jadi bulan ni barangan lagi bagus, blender gitu yang ditawarkan separuh harga. Jom layan gambar promosi bulan ni.

 
Pembelian Set Detox melalui E-Sell, click sini:

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165
COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Monday, November 28, 2016

Kuatkan Antibodi Untuk Melawan Jangkitan

Kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis kuman melalui pernafasan, sentuhan, pemakanan, akitiviti fizikal serta persekitaran. 

Apabila banyak kuman menyerang kita pada sesuatu masa, terutama apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat letih, stress, tidur yang terganggu atau dijangkiti selsema, batuk, alergi, ekzema dan pelbagai lagi masalah kesihatan. Sel-sel yang teroksida dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit yang lebih kronik.

Shaklee telah menghasilkan satu produk yang diberi nama NUTRIFERON yang berfungsi menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan.

Nutriferon dihasilkan dari kombinasi tumbuhan semulajadi seperti:

1. Biji Labu : merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh dan menentang radikal bebas yang menjadi faktor penyebab kanser.

2. Biji Plantago Asiatica : mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.

3. Biji Japanese Honey Suckle : menentang pencerobohan kuman dan virus.

4. Biji Safflower : menghasil dan memperkuatkan  keupayaan makrofaj untuk memusnahkan kuman dan virus.

Formula penemuan ini adalah yang terhebat dalam bidang immunologi dan diiktiraf. Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai biasa, hanya boleh didapati melalui Shaklee.

Antara manfaat yang boleh diperolehi dari pengambilan Nutriferon adalah:

- mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.
- melindungi dari wabak influenza
- meringankan stress & keletihan
- mengurangkan infeksi oleh pekasit hepatitis B & C
- melambatkan penuaan dengan merangsang pengeluaran makrofaj untuk menentang radikal bebas, virus dan kuman.
- melawan kanser dan tumor dimana interferin mengandungi polisakarida yang mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel kanser dan tumor. Dan juga mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi (atas rujukan dan nasihat doktor)

Promosi Nutriferon ( 1-30 November 2016)
• Pek berkembar Diskaun sebanyak 5%
• Beli 6 Nutriferon percuma 1 kotak Nutriferon

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

SMS/ Whatapps: 0176156165

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Saturday, November 26, 2016

Pemakanan dan emosi

"Manusia disogokkan dengan pelbagai makanan oleh industri, yang tidak mengambil berat akan kesihatan dan kemudiannya dirawat oleh industri kesihatan yang tidak mengambil berat tentang pemakanan"

Sebenarnya pemakanan boleh dikaitkan dengan emosi dan perilaku seseorang. 

Bagaimana pemakanan boleh mempengaruhi emosi dan tingkahlaku?

Otak yang sihat terdiri daripada komponen elektrik,  struktur otak dan neurokimi. Komponen neurokimia yang dikenali sebagai pemancar neuron mempengaruhi emosi dan ia menghantar isyarat kimia je seluruh badan untuk memberitahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk bertindak. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti emosi dan kesihatan mental adalah dengan menjaga pemakanan kerana kualiti pemancar neuron bergantung kepada khasiat  makanan yang diambil.

Apakah pemancar neuron?

Terdapat dua jenis pemancar neuron dikenali sebagai perencat dan perangsang.  Kedua-duanya memainkan peranan yang penting terhadap emosi dan kesihatan mental. Pemancar neuron perencat seperti serotonin berfungsi sebagai pengawal emosi dan bertanggungjawab mengekalkan ketenangan dan keseimbangan emosi manakala pemancar neuron perangsang seperti dopamin merangsang otak untuk lebih fokus dan bermotivasi.

Bagaimanakah untuk sentiasa kekal tenang?

Kadar serotonin berkait rapat dengan triptofan. Sumber terbaik triptofan adalah karbohidrat. Semua triptofan yang melalui halangan dalam otak akan ditukarkan menjadi serotonin yang membantu mengawal emosi. Oleh kerana itu,  apabila kita mengambil makanan yabg berasaskan karbohidrat ringkas seperti nasi putih, roti putih ataupun pemanis mulut kita akan merasa lebih tenang dab gembira.  Walau bagaimanapun, hal inu bersifat sementara sahaja kerana peningkatan kadar insulin secara mendadak. Tambah pula,  karbohidrat ringkas cenderung untuk melonjakkan kadar gula dalam darah dan menjejaskan emosi. Anda mungkin tidak mengetahui bahawa serotonin sebenarnya dihasilkan di otak dan juga usus kita. Usus boleh diumpamakan seperti otak kedua kita kerana kebanyakan faktor yang mengawal kesihatan minda bersangkut-paut dengan usus. Oleh itu kita mestilah memastikan salur usus kita dijaga dengan baik.

Bagaimana cara untuk menstabilkan kadar gula dalam darah dan juga emosi?

Elakkan pengambilan makanan seperti gula, karbohidrat ringkas,  makanan yang diproses, trans lemak dan juga minuman berkafein. Gantikan dengan makanan yang lebih menyihatkan seperti protein,  lemak baik, karbohidrat kompleks yang membantu mengimbangkan kadar gula dalam darah sekaligus mengimbangkan emosi. Tambahan lagi, mod penyimpanan lemak dalam badan tidak akan diaktifkan apabila kadar gula dalam darah dalam keadaan stabil. Peratusan yang disarankan terdiri  daripada:

30% karbohidrat kompleks
30% lemak baik
30% protein
10% karbohidrat ringkas

Bagaimanakah makanan memberikan impak yang negatif kepada emosi seseorang?

Contohnya, anda bersarapan dengan sebiji donut dan secawan kopi, apakah yang akan terjadi pada emosi anda pada pagi itu? Pertama, kadar gula dalam darah akan melonjak naik dan kadar insulin juga akan meningkat dengan mendadak untuk menurunkan kadar gula dalam darah dengan segera. Namun begitu kandungan insulin yang dikeluarkan seringkali terlebih dos dari yang diperlukan dan menyebabkan kadar gula dalam darah berada di tahap terendah selepas 3-4jam. Anda akan berasa bertenaga , tenang, lebih gembira dan fokus pada mulanya kerana kafein serta karbohidrat ringkas telah merangsang kadar gula dalam darah ke tahap yang tertinggi.  Namun begitu,  kadangkala ia juga akan menyebabkan rasa keresahan dan tekanan.  Kemudian, apabila kadar gula dalam darah mula menurun ke tahap yang terendah,  seseorang itu mula merasa lapar, kurang motivasi serta emosi tidak stabil. Kesimpulannya,  kita fikir bahawa makanan seperti karbohidrat ringkas boleh memberikan ketenangan kepada kita namun ia mungkin akan memberi kan kesan yang sebaliknya yang memudaratkan kestabilan emosi.

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Wednesday, November 23, 2016

Promosi Shaklee November 2016


1. Promosi Beli 3 Lecithin Percuma 1 Lecithin, JIMAT RM 52.50!

2.  Promosi Beli 3 Alfalfa(s) Percuma 1 Alfalfa(s), JIMAT RM 53.75

3.  Promosi Beli 3 Alfalfa(l) Percuma 1 Alfalfa(l), JIMAT RM 97.50

4. Promosi Nutriferon
• Pek berkembar:
- Diskaun sebanyak 5% (JIMAT >RM18)
• Beli 6 Nutriferon:
- Percuma 1 kotak Nutriferon (JIMAT RM181.25)
- Keahlian PERCUMA (JIMAT RM80)
- Dapat rebet tunai 5% Pertengahan Disember 2016

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Thursday, September 1, 2016

Kes VIRUS ZIKA Pertama di Malaysia Dikesan


Kita dikhabarkan kes penularan virus zika pertama ke Malaysia hari dan telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Maka pihak KKM telah mengeluarkan kenyataan berhubung bahaya dan langkah untuk mengawal penularan virus zika ini khususnya untuk wanita hamil yang dikatakan sangat berisiko tinggi kerana virus ini boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan dengan masalah "Microcephaly" iaitu kegagalan otak membesar pada kadar normal.




PUTRAJAYA 1 Sept.- Seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang menjadi individu pertama di negara ini dijangkiti virus Zika selepas berkunjung ke Singapura selama tiga hari bagi melawat anaknya yang juga dijangkiti virus tersebut.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, wanita tersebut yang berumur 58 tahun ke Singapura bermula 19 Ogos lalu, selepas pulang ke Malaysia dia mempunyai gejala demam selain terdapat ruam di beberapa anggota badan.
“Wanita tersebut sedar dia mengalami gejala demam dan ruam selepas seminggu pulang ke Malaysia, dia telah berjumpa doktor dan memaklumkan baharu sahaja pulang melawat anak perempuannya yang dijangkiti virus Zika di Singapura.
“Wanita terbabit kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil pemeriksaan melalui air kencing, dia disahkan positif virus Zika, suaminya yang turut ke Singapura bersamanya tidak dijangkiti virus itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Subramaniam, kementerian sudah mengambil langkah kawalan pembiakan aedes secara intensif dikawasan rumah wanita tersebut sebagai langkah untuk memastikan virus tersebut tidak merebak di negara ini. -


sumber:   
Utusan Online