Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Saturday, November 26, 2016

Pemakanan dan emosi

"Manusia disogokkan dengan pelbagai makanan oleh industri, yang tidak mengambil berat akan kesihatan dan kemudiannya dirawat oleh industri kesihatan yang tidak mengambil berat tentang pemakanan"

Sebenarnya pemakanan boleh dikaitkan dengan emosi dan perilaku seseorang. 

Bagaimana pemakanan boleh mempengaruhi emosi dan tingkahlaku?

Otak yang sihat terdiri daripada komponen elektrik,  struktur otak dan neurokimi. Komponen neurokimia yang dikenali sebagai pemancar neuron mempengaruhi emosi dan ia menghantar isyarat kimia je seluruh badan untuk memberitahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk bertindak. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti emosi dan kesihatan mental adalah dengan menjaga pemakanan kerana kualiti pemancar neuron bergantung kepada khasiat  makanan yang diambil.

Apakah pemancar neuron?

Terdapat dua jenis pemancar neuron dikenali sebagai perencat dan perangsang.  Kedua-duanya memainkan peranan yang penting terhadap emosi dan kesihatan mental. Pemancar neuron perencat seperti serotonin berfungsi sebagai pengawal emosi dan bertanggungjawab mengekalkan ketenangan dan keseimbangan emosi manakala pemancar neuron perangsang seperti dopamin merangsang otak untuk lebih fokus dan bermotivasi.

Bagaimanakah untuk sentiasa kekal tenang?

Kadar serotonin berkait rapat dengan triptofan. Sumber terbaik triptofan adalah karbohidrat. Semua triptofan yang melalui halangan dalam otak akan ditukarkan menjadi serotonin yang membantu mengawal emosi. Oleh kerana itu,  apabila kita mengambil makanan yabg berasaskan karbohidrat ringkas seperti nasi putih, roti putih ataupun pemanis mulut kita akan merasa lebih tenang dab gembira.  Walau bagaimanapun, hal inu bersifat sementara sahaja kerana peningkatan kadar insulin secara mendadak. Tambah pula,  karbohidrat ringkas cenderung untuk melonjakkan kadar gula dalam darah dan menjejaskan emosi. Anda mungkin tidak mengetahui bahawa serotonin sebenarnya dihasilkan di otak dan juga usus kita. Usus boleh diumpamakan seperti otak kedua kita kerana kebanyakan faktor yang mengawal kesihatan minda bersangkut-paut dengan usus. Oleh itu kita mestilah memastikan salur usus kita dijaga dengan baik.

Bagaimana cara untuk menstabilkan kadar gula dalam darah dan juga emosi?

Elakkan pengambilan makanan seperti gula, karbohidrat ringkas,  makanan yang diproses, trans lemak dan juga minuman berkafein. Gantikan dengan makanan yang lebih menyihatkan seperti protein,  lemak baik, karbohidrat kompleks yang membantu mengimbangkan kadar gula dalam darah sekaligus mengimbangkan emosi. Tambahan lagi, mod penyimpanan lemak dalam badan tidak akan diaktifkan apabila kadar gula dalam darah dalam keadaan stabil. Peratusan yang disarankan terdiri  daripada:

30% karbohidrat kompleks
30% lemak baik
30% protein
10% karbohidrat ringkas

Bagaimanakah makanan memberikan impak yang negatif kepada emosi seseorang?

Contohnya, anda bersarapan dengan sebiji donut dan secawan kopi, apakah yang akan terjadi pada emosi anda pada pagi itu? Pertama, kadar gula dalam darah akan melonjak naik dan kadar insulin juga akan meningkat dengan mendadak untuk menurunkan kadar gula dalam darah dengan segera. Namun begitu kandungan insulin yang dikeluarkan seringkali terlebih dos dari yang diperlukan dan menyebabkan kadar gula dalam darah berada di tahap terendah selepas 3-4jam. Anda akan berasa bertenaga , tenang, lebih gembira dan fokus pada mulanya kerana kafein serta karbohidrat ringkas telah merangsang kadar gula dalam darah ke tahap yang tertinggi.  Namun begitu,  kadangkala ia juga akan menyebabkan rasa keresahan dan tekanan.  Kemudian, apabila kadar gula dalam darah mula menurun ke tahap yang terendah,  seseorang itu mula merasa lapar, kurang motivasi serta emosi tidak stabil. Kesimpulannya,  kita fikir bahawa makanan seperti karbohidrat ringkas boleh memberikan ketenangan kepada kita namun ia mungkin akan memberi kan kesan yang sebaliknya yang memudaratkan kestabilan emosi.

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

No comments:

Post a Comment