Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Tuesday, July 23, 2013

Tips Untuk Hamil Dengan GLA COMPLEX

Perkongsian langkah-langkah untuk hamil (dengan izin Allah) bersama pengambilan GLA Complex.
  1. Kenalpasti kitaran haid setiap bulan (biasanya antara 28-30 hari)
  2. Waktu subur boleh dianggarkan bermula lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid
**Katalah kitaran haid 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah kitaran haid bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya kitaran haidnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya

MAHU TIPS HAMIL DENGAN GLA COMPLEX?

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:

SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com




Thursday, July 18, 2013

Kekal Bertenaga dengan Mighty 3 Gems



ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik yang menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Keistimewaan ESP
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Performance® Maximum
Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

*Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


Meal Shakes
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:

SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com

Tuesday, July 16, 2013

Tumit Pecah

Dalam kita ghairah menjaga kecantikan kulit muka dan badan, jangan dipinggirkan perhatian kita pada tumit kaki. Walaupun masalah ini tidak membahayakan, namun jika berlaku, agak merosakkan penampilan kita tambahan lagi kepada kaum wanita yang masih muda. Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia.


Tumit akan kelihatan berkilat dan bersisik pada permulaannya. Namun jika dibiarkan tanpa penjagaan yang sepatutnya, bahagian ini akan mula mengeras dan merekah atau pecah. Bagi golongan yang suka mengenakan sandal atau selipar, situasi ini boleh menjejaskan penampilan keseluruhannya.

Faktor penyebab
  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.
Langkah Penyelesaian
  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
Petua Tradisional
  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
sumber: http://www.karangkraf.com/

Testimonial Sendiri
Pengambilan Vitamin E Complex & ESP Soy Protein Isolate Powder selama 3 MINGGU juga dapat mengatasi masalah tumit yang pecah. Kulit badan keseluruhan juga lembab walaupun tidak disapu sebarang losyen pelembab.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:

SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com




Saturday, July 13, 2013

Set Asas Pengurusan Berat Badan


Detox (Herblax @ Alfalfa Complex) + 
Pecah Lemak (Lecithin) + 
Protein (Cinch Shake @ Energizing Soy Protein (ESP)

  1. Detox adalah proses membersihkan usus dari segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dan dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Dinding usus yang bersih membolehkan badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Formula penting untuk program diet sebenarnya adalah dimulakan dengan proses detox terlebih dahulu. 
  2. Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak. Lecithin dinamakan "pengemulsi lemak semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung dalam saluran darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. 
  3. Protein pula sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisma tubuh, meningkatkan perkembangan otot untuk mengelakkan badan menggeleber akibat kehilangan berat badan, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35% banyaknya.

Antara Set Pengurusan Berat Badan yang dicadangkan adalah:

Set Slimming Bajet
Herblax + Lecithin + Alfalfa Complex

Set Slimming Lengkap
Herblax + Lecithin + Alfalfa Complex + Cinch Shake

Set Slimming Ibu Menyusu:
Lecithin, Alfalfa Complex + ESP Soy Protein Isolate Powder

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:

SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com

Monday, July 8, 2013

Panduan / Jadual Pengambilan Vitamin Shaklee

Seeloknya kita sendiri harus mempunyai pengetahuan asas untuk setiap supplement yang ingin kita amalkan. Secara ringkasnya, terdapat beberapa peraturan yang boleh dijadikan panduan dalam memastikan cara pengambilan vitamin tersebut adalah betul mengikut masa yang paling sesuai bagi membantu penyerapan nutrien yang lebih efektif.

Vitamin Larut Air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

Kalsium ( OsteMatrix ) :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan kalsium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu kalsium lebih mudah diserap.

Zat Besi ( Iron ):
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap

Namun begitu, perlu DIELAKKAN pengambilan:
  1. Alfalfa bersama Vitamin E - Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama  Vitalea ( Iron )  - Kalsium akan menghalang penyerapan iron.
  3. Alfalfa bersama GLA Complex - GLA Complex juga mempunyai vitamin E yang menghalang penyerapan Alfalfa
  4. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.
  5. Bersama minuman berkafein yang akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:

SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com

Set Kesihatan Seisi Keluarga


Ini antara vitamin yang menjadi pilihan ramai. Setiap bulan, pasti ada permintaan untuk vitamin-vitamin ini dari ibu hamil, ibu berpantang, ibu menyusu dan juga wanita yang inginkan kulit yang lebih cantik, lebih gebu. Tapi mungkin ada yang tidak sedar, kombinasi 4 vitamin ini sebenarnya dipanggil Family Wellness Set. Ia dicadangkan untuk mereka yang ingin mendapat kesihatan secara menyeluruh, kekal bertenaga dan sesuai diamalkan seisi keluarga. 




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:

SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com

Wednesday, July 3, 2013

GLA Complex PERCUMA!


Tawaran sepanjang bulan ini, PERCUMA 1 GLA Complex dengan pembelian 6 GLA Complex.
Kalau yang sudah cuba dan tahu kelebihan GLA Complex ini, tidak mustahil untuk membeli sekurang-kurangnya 2 botol GLA Complex. Setiap botol mengandungi 60 kapsul untuk keperluan 1-2 bulan.

Pada yang masih tercari-cari keistimewaan GLA Complex, secara mudah dan ringkasnya;
Gama Linolenik Asid (GLA) Complex adalah kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Ia mengurangkan ketidakselesaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid (menapous). 


Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex:

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopos
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Membantu mengawal kolesterol


Individu yang patut mencuba GLA Complex:
  • Pengidap Kencing Manis
  • Arthritis 
  • Payudara fibrocystic
  • Osteoporosis
  • PMS 
  • Alahan 
  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Ketagihan alkohol
  • Kanser
  • Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Ulser
  • Sukar hamil

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung. 


Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:

SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com