Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Tuesday, July 16, 2013

Tumit Pecah

Dalam kita ghairah menjaga kecantikan kulit muka dan badan, jangan dipinggirkan perhatian kita pada tumit kaki. Walaupun masalah ini tidak membahayakan, namun jika berlaku, agak merosakkan penampilan kita tambahan lagi kepada kaum wanita yang masih muda. Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia.


Tumit akan kelihatan berkilat dan bersisik pada permulaannya. Namun jika dibiarkan tanpa penjagaan yang sepatutnya, bahagian ini akan mula mengeras dan merekah atau pecah. Bagi golongan yang suka mengenakan sandal atau selipar, situasi ini boleh menjejaskan penampilan keseluruhannya.

Faktor penyebab
  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.
Langkah Penyelesaian
  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
Petua Tradisional
  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
sumber: http://www.karangkraf.com/

Testimonial Sendiri
Pengambilan Vitamin E Complex & ESP Soy Protein Isolate Powder selama 3 MINGGU juga dapat mengatasi masalah tumit yang pecah. Kulit badan keseluruhan juga lembab walaupun tidak disapu sebarang losyen pelembab.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:

SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com




No comments:

Post a Comment