Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Saturday, January 3, 2015

Realisasikan Azam Tahun Baru

Tahun baru 2015 sudah bermula, jom kita senaraikan azam kita untuk tahun ini!
hanya kita yang tahu apa keperluan dan keinginan untuk kehidupan yang sedang kita lalui. Azam tidak boleh dicopy-paste! Perancangan setiap orang adalah berbeza. 


Seperti kata-kata Kak Norita, jangan takut untuk membuat impian yang besar! Segalanya tidak mustahil jika kita yakin pada diri sendiri dan berusaha untuk mencapai impian itu. Setiap kata-kata yang kita ucapkan setiap hari adalah doa.
"Katalah yang baik-baik sahaja. Bersangka baik dengan setiap kepayahan yang diuji olehNya. Bersyukur dengan setiap rezeki dari Allah, besar atau kecil pemberianNya ucapkan Alhamdullilah!"

Peringatan yang sentiasa diberikan oleh mentor bisnes shaklee saya, Arnie, jaga hubungan dengan Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Rezeki dan bahagian kita telah ditetapkan olehNya tetapi kita juga perlu berusaha bersungguh-sungguh. Setiap hari baru mesti ada perancangan baru!


Jadi untuk melaksanakan azam lama dan baru saya sepanjang tahun ini,
  1. Impian yang besar, terang dan jelas
  2. Perancangan yang bijak, teratur dan teliti
  3. Pengurusan masa dan jadual kerja yang berdisplin (yang ini perlu tegas!)
  4. Bertindak dan bekerja keras 
  5. DOA, DOA dan DOA!   
Satu lagi peringatan dari mentor bisnes Shaklee saya, setiap tahun semua orang ada jumlah hari dan masa yang sama. Terpulang kepada kita, macam mana menggunakan atau menghabiskannya! 

pengedar shaklee bukit mertajam



Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

3 comments:

  1. yeaaaah!!! ada kalendar cuti jugak.. meh kita berazam untuk p bercuti2 jugak... motivasi ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Kalendar ni boleh la conteng2 target percutian kan? :)

    ReplyDelete