Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Saturday, January 24, 2015

Lambatkan Proses Penuaan

Setiap kali datangnya tahun baru ia petanda bertambah juga usia kita kan? Haa, dalam dok happy-happy sambut tahun baru ni, sebenarnya pasti sedikit sebanyak kita risau bila usia semakin tua. Mudahnya kalau la kita boleh pausekan masa, nak sweet 17 selalu. Nak putih senang..."quputeh, quputeh barulah putih".. hehe... Tapi kalau nak muda, macammano? Takpa, biarkan umur meningkat sebab itu akan menjadi ingatan yang tempoh kita di dunia semakin singkat. Insaf tak? Jom perbanyakkan pahala, kurangkan dosa. :)

Jadi,apa yang kita boleh kawal untuk melambatkan kita dari nampak tua? Semestilah penampilan kita. Penampilan disini bukanlah berfesyen seperti anak muda. Janggal sebenarnya bila kita memakai pakaian muda-mudi yang terlalu jauh bezanya dengan umur kita. Biarlah 'just nice', sopan menutup aurat (bagi orang islam) dan selesa. Jadi saya kongsikan pula beberapa tips untuk melambatkan proses penuaan pada keseluruhan badan kita khususnya kulit seperti garis-garis halus serta kedutan melalui penjagaan pemakanan, penggunaan kosmetik khususnya pada wajah dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Amalkan Pemakanan Sihat
Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan dalam setiap hidangan kerana kandungan antioksidan membantu menguatkan sel- sel kulit dan menentang radikal bebas. 
note: Kalau dalam shaklee, anda boleh mengamalkan Set antioksida (ACE) iaitu Carotomax (Vitamin A), SR Vitamin C dan Vitamin E Complex 

Jauhi Makanan Ringan
Makanan ringan yang tinggi kandungan sodium membuatkan kulit kelihatan kering.

Lakukan Senaman Wajah Dengan Ketawa
Bila ketawa, ia akan membantu merehatkan otot tegang pada wajah sekaligus mengurangkan kesan lingkaran yang wujud.

Pentingkan Kebersihan & Kelembapan Kulit
Kebersihan kulit bukan sekadar penting untuk membantu mencegah kulit berminyak dan jerawat, malah turut melambatkan penuaan.

Elakkan Penggunaan Produk Yang Berbahaya 
Penggunaan produk perlu berubah mengikut keserasian kulit. Elakkan produk yang mengandungi asid seperti glycolic acid, AHA, BHA dll yang boleh menyebabkan jeragat dan saluran darah halus (telangiectasia) di muka

Elakkan Tekanan
Tekanan juga punca penuaan. Apabila tertekan, bukan saja emosi, malah kitaran tubuh turut terganggu.
Note: Pengambilan Set Famili Wellness (ESP, Vitalea-Multivitamin, B Complex, Vitamin C) khusunya B Complex boleh membantu mengurangkan stress dan kemurungan.


Elakkan Diet Mengejut
Amalan begini mampu menyebabkan kulit hilang keanjalan dan berkedut.
Note: Pengambilan protein seperti ESP & Cinch Shake semasa menjalani proses diet boleh membantu membina otot untuk menaikkan metabolisma badan dan seterusnya membakar kalori. Ia juga dapat meransang pembentukan semula sel baru/kulit dan mengekalkan kepejalan otot. 


Dapatkan Tidur Yang Cukup Dan Berkualiti
Tidur yang berkualiti selama 6 - 8 jam sehari. Tidur yang cukup membenarkan kulit berehat dan melalui proses penghasilan kolagen secara lebih berkesan. Kesan garis halus dan lingkaran hitam paling mudah berlaku di sekitar mata bila kita tidak mendapat tidur yang mencukupi.


Pelindung cahaya yang sesuai and mencukupi
Cahaya matahari yang terik dapat memusnahkan sel-sel kulit, menyebabkan garis halus, kedutan dan jeragat. Sekiranya kita dapat mengelakkan daripada cahaya matahari, malah dapat melambatkan kesan penuaan.

Perkongsian yang paling bestnya yang saya nak bagitau kat sini, Shaklee mempunyai produk yang  boleh melambatkan penuaan pada tahap selular iaitu Vivix! 





"Cabaran Blogging bersama Blog SihatCantikMulus, EmakSkema, KeluargaSihatCeria, RatuNutrisi, dan MyInfoVitamin"
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

5 comments:

  1. semua orang takut tua lagi2 wanita..jom sama2 kita jg kesihatan paling optimum dari sekarang, wlaaupun usia da masuk 3 series still nmpk macam 20an..heee

    ReplyDelete
  2. kalau rajin untuk jaga kesihatan..insya Allah lambat tua sebelum usia

    ReplyDelete
  3. Penuaan tak boleh nak.dielakkan tapi boleh diperlahankan prosesnya..hihi

    ReplyDelete
  4. Hello! I just would like to give a huge thumbs up for the great info you have here on this post. I will be coming back to your blog for more soon. diablo incense

    ReplyDelete