Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Sunday, January 11, 2015

Bahayakah Cucuk Air Tulang Belakang?

Apakah air tulang belakang?

Secara saintifik ia dikenali sebagai Cerebrospinal fluid (CSF). Cecair berwarna jernih ini beredar ke seluruh sistem saraf tengah. Air tulang belakang adalah sejenis protein yang terletak di antara otak dan tengkorak. Ia memiliki dua kelebihan pada sistem saraf tengah. Dari sudut peredarannya, ia menghantar nutrisi kepada struktur sistem saraf. Ia juga menyingkirkan bahan buangan daripada otak dan tulang belakang selain menyahtoksik persekitaran sistem saraf.

Air tulang belakang juga bertindak menyerap goncangan. Ia melindungi otak dan tulang belakang daripada trauma disebabkan pergerakan, misalnya jatuh. Secara purata, manusia menghasilkan air tulang belakang sekitar 0.3 ke 0.4 mililiter setiap minit. Tetapi setiap kali dihasilkan, ia akan terserap ke dalam sistem badan. Jika penghasilannya tidak diserap, seseorang itu akan berhadapan masalah kepala besar berair dikenali sebagai hydrocephalus.

pengedar shaklee juru


Apa itu cucuk air tulang belakang/lumbar puncture? 
Suatu prosedur yang dilakukan untuk mendapatkan sample CSF dan kelebihan memperolehi akses kepada CSF atau ‘ruang’ ini membolehkan doktor menjalankan penilaian dan siasatan yang lebih terperinci agar diagnosis yang tepat dan rawatan yang paling sesuai dapat diberikan.

Bagaimana lumbar puncture dilakukan?
Suatu jarum halus (lebih kurang sama seperti jarum yang digunakan untuk mengambil darah dari tangan/kaki bayi) dicucuk menembusi kulit di bahagian bawah tengah belakang badan ( di kawasan antara tulang lumbar ke-3 dan ke-4). Apabila jarum sampai ke kawasan yang mengandungi cecair saraf, maka titisan cecair ini akan keluar dan dikumpul dalam botol-botol untuk dihantar ke makmal. Tidak banyak cecair diambil dan kehilangan sedikit cecair ini tidak akan membawa apa-apa kesan kepada anak, dan cecair ini akan digantikan balik oleh badan dalam masa kurang daripada dua hari.

pengedar shaklee juru


Adakah lumbar puncture sesuatu yang berisiko?
Ia sepatutnya tidak memberi sebarang kesan pada pesakit, jika dilakukan dengan langkah berjaga-jaga. Justeru, ada beberapa langkah perlu diambil kira sebelum lumbar puncture dibuat;
a) Tiada tekanan tinggi dalam otak
b) Tiada pendarahan dalam otak
c) Kulit di bahagian yang bakal dibuat lumbar puncture bebas dari sebarang jangkitan.
d) Tiada tumor dalam otak yang boleh meningkatkan tekanan dalam otak. Jarum yang diguna halus dan kecil.

Tiada had usia untuk memulakan prosedur lumbar puncture. Bayi yang baru beberapa hari dilahirkan pun boleh melalui lumbar puncture. Tetapi jika pesakit itu tidak stabil, prosedur ini tidak akan dilakukan. Bagi kanak-kanak, jika ubun-ubunnya masih lembik prosedur itu selamat. Bagi kanak-kanak yang ubun-ubunnya sudah keras, imbasan CT mungkin perlu dibuat. Tetapi jika kemungkinan meningitis yang tinggi, pesakit akan dimulakan dengan antibiotik dulu diikuti dengan lumbar puncture.
Prosedur lumbar puncture hanya dibuat bagi mengesan kuman penyebab penyakit meningitis, ensephalitis dan beberapa penyakit urat saraf. Meningitis (jangkitan kuman pada selaput sekililing otak dan urat saraf tunjang) memang perlu dirawat dengan antibiotik. Tetapi merawat dengan antibiotik tanpa pengambilan air tulang belakang seperti tidak merawat kerana doktor tidak tahu apa yang dirawat. Dengan hanya memberikan antibiotik tapi tidak tahu apa yang disasarkan dan bila hendak berhenti. 

Mengapa lumbar puncture perlu dijalankan?
Ia secara umumnya dilakukan untuk salah satu sebab yang berikut:-
1)   Untuk mengesan bukti jangkitan kuman dalam cecair saraf/selaput otak
2)   Untuk mengesan tekanan dalam cecair saraf
3)   Untuk mengesan unsur-unsur kimia dalam cecair saraf – seperti protein, gula dan sebagainya.
Tujuan yang spesifik akan diterangkan oleh doktor yang merawat. Cecair ini adalah suatu bahan yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan otak kerana cecair menyelaputi otak, maka dengan mengkaji cecair ini, kita akan mendapat maklumat yang penting mengenai kesan pada otak akibat daripada penyakit yang dihadapi.

Apa yang perlu dilakukan sebelum prosedur ini?
Anak anda perlu berpuasa dari makan/minum sebelum prosedur (biasanya 4 jam sebelum). Doktor akan menerangkan prosedur ini kepada anda, dan menjawab soalan daripada anda. Kemudian, anda akan diminta untuk menandatangani borang memberi izin.
Bergantung kepada umur anak anda, dia mungkin akan diberi ubat untuk menyebabkan dia rasa mengantuk. Kadang-kala ubat bius yang lebih kuat diperlukan. Krim bius juga boleh disapukan pada kawasan belakang badan yang akan dicucuk, supaya tidak merasa kesakitan cucuk jarum.

Apa akan berlaku semasa prosedur ini?
Pesakit akan baring atas katil dengan mengiring ke kiri, dengan lutut kakinya dirapatkan ke dada supaya ruang antara tulang belakang lebih terbuka. Seorang jururawat atau doktor akan membantu untuk mengekalkan kedudukan ini.
lumbar puncture
Doktor yang melakukan prosedur ini akan mencuci tangan, dan memakai sarung tangan yang bersih, dan mencuci kulit di kawasan yang akan dicucuk, dan ditutup oleh suatu kain yang bersih. Jarum dimasukkan diantara ruang tulang lumbar ke-3 dan ke-4, dan titisan cecair yang keluar akan dikumpul dalam beberapa botol. Botol ini akan dihantar ke makmal untuk dikaji.

Tempat yang dicucuk akan ditampal dengan 'pressure dressing', dan digalakkan untuk baring atas katil selama satu jam untuk memastikan tiada pendarahan atau pembocoran air tulang belakang. Dia boleh minum/makan apabila sedar sepenuhnya. Plaster yang ditampal boleh ditanggalkan selepas 24 jam. Sebahagian daripada keputusan makmal boleh diperolehi dalam masa beberapa jam dan laporan kajikuman biasanya ambil masa beberapa hari.

Apa masalah yang boleh berlaku dalam prosedur ini?
Sebenarnya agak jarang untuk berlaku masalah dalam lumbar puncture. Namun, ada beberapa keadaan yang mungkin berlaku :-
– Tidak dapat memastikan pesakit berada dalam kedudukan kerana tidak tidur, dan cuba melawan. Sekiranya ini berlaku, prosedur ini perlu ditunda atau dirancang untuk membuat dibuat di dewan bedah dengan bius penuh.
– Kadang-kadang, ia adalah susah untuk doktor mengenalpasti tempat untuk dicucuk, dan perlu mendapatkan bantuan seorang doktor yang lain. Ini boleh mengambil lebih banyak masa, dan juga mungkin perlu ditunda.
– Ada juga mungkin berlaku pendarahan sedikit yang boleh menyebabkan cecair selaput otak yang dikumpul itu bercampuran dengan darah yang akan menyukarkan analisa yang tepat.
– Kawasan yang dicucuk mungkin akan mengalami sedikit lebam daripada pendarahan atau sedikit cecair selaput otak yang berkumpul di bawah kulit. Ini tidak bahaya dan boleh dielakkan dengan baring atas katil untuk sejam.
– Sesetengah pesakit boleh mendapat sakit kepala akibat prosedur ini kerana sedikit penurunan dalam tekanan dalam otak, sakit ini akan reda  secara spontan dalam masa 24 hingga 48 jam. Sekiranya perlu, pesakit boleh diberikan ubat paracetamol.

sumber: 
http://www.doktorbudak.com
http://www.mmgazette.com/


Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos
 

1 comment: