Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Sunday, January 18, 2015

Penyusuan Lengkap 2 Tahun Dengan Susu Ibu

Alhamdullilah dengan izinNya, sehingga saat ini saya telah berjaya melengkapkan penyusuan susu ibu kepada 2 anak pompuan saya. Saya bermula dengan supplemen Shaklee semasa menyusukan anak ke 2 saya Maritza Nursyaurah. Susu saya yang sebelum ini banyak tiba-tiba drop dan hampir tiada langsung semasa datang bulan. Anak menangis sebab tak kenyang, dan saya pong menangis sebab tak tau nak buat apa. Masa tu Maritza berumur dalam 5 bulan lebih dan belum mula makan. Sepenuhnya dia bergantung pada penyusuan dari saya. Saya mula membaca blog-blog ibu yang berkongsi bagaimana nak perbanyakkan susu sehinggalah saya terjumpa blog genkimomma yang bercerita pasal Shaklee.


pengedar shaklee bukit mertajam

Berpuashati dengan produk Shaklee, saat hamil anak ke 3 Maryam Nursyaira pong saya ambil Shaklee. Minuman ESP saya jadikan rutin sehingga bersalin. Lagipong masa hamilkan 2 anak pompuan ni, saya jadi alah kepada semua jenis susu sedangkan semasa hamil anak sulung lelaki saya, elok jer saya boleh minum susu anmum 2 kali sehari. Dan awal tahun 2015, genap 2 tahun saya dapat menyusukan Maryam dan sehingga kini masih bertepek jer ngan saya. Alhamdullilah.

pengedar shaklee juru

Kenapa saya memilih untuk memberikan susu ibu kepada anak-anak saya?
Susu ibu adalah makanan yang paling baik untuk anak kita kerana mengandungi kesemua nutrien penting yang diperlukan dalam 6 bulan pertama usianya. Apa kebaikan yang terkandung dalam susu ibu?
  • Mengandungi kandungan zat besi yang lebih mudah dicernakan berbanding susu lembu, yang membolehkan penyerapan sehingga 70% berbanding 30% dengan susu lembu.
  • Mengandungi kandungan laktosa yang lebih tinggi berbanding susu formula. Laktosa adalah penting sebagai sumber tenaga dan dalam pembentukan sistem saraf tunjang.
  • Mengandungi lebih protein susu daripada kasein berbanding susu lembu, kerana protein susu lebih mudah dicernakan berbanding kasein. 
Susu ibu juga merangsang pertumbuhan bakteria baik dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat dalam usus kecil anak kita. Disamping itu, susu ibu juga kaya dengan antibodi yang menolong badan untuk melawan jangkitan, alahan dan penyakit-penyakit lain.

Kanak-kanak yang diberi susu ibu:
  • Kurang kemungkinan menghadapi masalah gastroenteritis seperti cirit-birit atau muntah semasa 3 bulan pertama
  • Kurang kemungkinan menghadapi masalah jangkitan pundi kencing
  • Kurang kemungkinan menghadapi asma atau gangguan pernafasan
  • Kurang kemungkinan menghadapi masalah insulin, tekanan darah tinggi atau kandungan kolestrol tinggi di dalam hidupnya pada masa akan datang
Jika berminat untuk mencuba set penyusuan lengkap dari Shaklee, boleh hubungi saya untuk pembelian & konsultasi berserta tips eksklusif untuk menjayakan matlamat 2 tahun penyusuan lengkap susu ibu kepada anak anda. 





Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos
 

 

1 comment: