Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Friday, January 2, 2015

Amaran Jangkitan Kencing Tikus Pasca Banjir

Negara kita baru sahaja dilanda musibah banjir pada penghujung 2014 yang lepas. Dan banjir kali ini sangat terkesan pada keluarga saya, khususnya mak saya kerana buat pertama kalinya kampung halaman kami ditenggelami air sehingga paras dada. Banjir beserta lumpur memasuki rumah mak sehingga paras peha dan banyak harta benda yang musnah kerana air melimpah terlalu cepat. Tidak banyak yang sempat diselamatkan. Kami hanya mampu bertanya khabar dari kejauhan kerana terputus hubungan jalanraya untuk balik ke kampung. Jalan penghubung utara-pantai timur telah runtuh di Gerik. Manakala laluan Gua Musang tenggelam dan ditutup kepada semua kenderaan. Bila laluan Gerik dibaikpulih dan diumumkan selamat untuk digunakan, kami balik ke Pasir Mas untuk melihat sendiri bencana banjir ini. 

Gambar ini diambil selepas banjir mula surut, dan mak balik ke rumah untuk melihat keadaan rumah yang telah beberapa hari ditinggalkan. Dan proses membersihkan selut dilakukan oleh keluarga yang terawal sampai ke kampung. Kami hanya dapat dapat balik selepas seminggu banjir reda.



Namun begitu dalam menangangi situasi pasca banjir ini, kementerian kesihatan malaysia memaklumkan pelbagai wabak penyakit berjangkit boleh berleluasa dan tidak mustahil mampu meragut nyawa juga sekiranya tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Ketika banjir melanda semua tangki septik di tenggelami air dan limpahan tinja keluar dan dibawa air, begitu juga dengan kawasan longkang kecil turut melimpah di bawa air banjir. Antara penyakit merbahaya dan berisiko adalah penyakit kencing tikus.  


Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.


Faktor risiko:

  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda/Gejala:

  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
  • Batuk tidak berkahak
  • Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
  • Radang selaput mata.
  • Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
Rawatan: Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Pencegahan:

  • Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
  • Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Nasihat penulis jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
  • Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
  • Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
sumber: kencing-tikus-apa-faktor-tanda-rawatan-langkah-pencegahan

No comments:

Post a Comment