Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Tuesday, January 27, 2015

Khasiat Ulam Raja

Suka makan ulam tak? Saya memang suka makan ulam! Saya mula makan ulam masa zaman sekolah lagi. Ulam kegemaran saya masa tu ulam raja. Memang banyak mak tanam kat belakang rumah dan pokoknya sangat mudah biak. Tapi saya tak makan ulam-ulam ni dengan budu atau sambal belacan, saya makan fresh gitu ja dari ladang, best habaq hang! Lepas kahwin ni lah saya baru belajar buat sambal belacan, tu pong sebab suami suka makan. Tapi suami pulak tak suka ulam-ulam ni, dia boleh makan sambal belacan dengan nasi macam tu ja. 

Masa form 4 kelas kami buat projek sains kena buat taman herba, owh! macam-macam pokok herba yang kami taman dan kami sendiri yang kena jaga dan trim lanskap tu biar sentiasa kemas tersusun. Haa jumpa pong gambar kenangan dengan geng BFF kat Taman Genesis sekolah kami. Saya yang mana? Saya yang paling tinggi, paling kiri tu. Tulus, mulus terpancor muka student! haha. Sekarang semua dah jadi mak orang dah.


pengedar shaklee bukit mertajam

Eh eh jauh dah pusing cerita ni, jom patah balik kat cerita Ulam Raja. Bila dapat task blogging dari group, saya pong terlintas nak cari apa istimewa Ulam Raja yang saya suka sangat makan dari dulu ni. 




Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna ungu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna ungu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas. Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas. 

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mengeluarkan toksik dalam darah dan juga menguatkan tulang. Klorofil yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti Candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli. 
Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi. 

sumber: wikipedia.org - Pokok_Ulam_Raja
"Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma , SihatCantikMulus, EmakSkema dan Myinfovitamin"

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

No comments:

Post a Comment