Biasanya individu yang mengambil supplement untuk menurunkan berat badan adalah mereka yang mempunyai kekangan masa untuk melakukan senaman secara rutin dan berjadual. Mungkin mudah jika diminta untuk mengawal pemakanan, tetapi bila disarankan untuk bersenam, mereka hanya bersungguh-sungguh bersenam sehingga satu jam tetapi ini mungkin hanya bertahan selama seminggu. Kesilapan ini yang patut dielakkan. Senaman perlulah konsisten membantu anda mengurangkan berat badan.
Antara tips untuk mula melakukan senaman seperti berjalan selama 20 minit dan ulangi sebanyak 3 kali seminggu. Setelah metabolisme badan sudah dapat menerima senaman mingguan, kita boleh menambahkan masa senaman kepada 30-40 minit. Tetapi jangan terlalu mendadak dan ekstrem. Sekiranya badan kita terkejut dengan workout tersebut, badan akan merasa cepat letih dan kurang motivasi untuk teruskan matlamat untuk mengurangkan berat badan.
Kesilapan dalam melakukan senaman untuk menguruskan berat badan seperti yang dikongsikan oleh Kevin Zahari :
- Melakukan latihan senaman yang sudah terlalu biasa anda buat.
Apabila anda melakukan senaman yang sama setiap hari dalam setiap minggu, bukan minda anda sahaja yang membuat anda berasa bosan, malah otot-otot anda juga turut sama ‘bosan’. Samada anda berjalan 30 minit sehari di kawasan perumahan anda atau membuat beberapa set latihan kekuatan yang sama setiap hari seperti latihan mengangkat dumbbell, selepas beberapa ketika, badan anda akan berhenti bekerja kerana sudah terlalu biasa membuat latihan yang sama, dan hasilnya akan sukar untuk dilihat.
Betulkan kesilapan: Cuba ubah bentuk latihan. Sesekali apa kata anda pergi mendaki bukit atau gunung pada hujung minggu daripada anda melakukan jogging atau berlari di atas treadmill yang anda telah biasa lakukan. Selain itu, cuba cari bentuk latihan kekuatan yang baru. Anda boleh dapat kebanyakan jenis latihan senaman daripada majalah, DVD, atau Youtube. Sebarang perubahan yang anda cuba lakukan dalam mencabar fizikal anda adalah sesuatu yang dapat memperbetulkan kesilapan anda itu.
- Anda menjadi obses terhadap latihan kardio.
Benar senaman aerobik bagus untuk kesihatan badan anda, tetapi jika anda tidak mengimbangi latihan senaman ini dengan latihan kekuatan, ia bukan saja dapat menjejaskan hasil yang akan anda perolehi, tetapi juga komponen penting untuk kesihatan dan kecergasan anda akan hilang. Latihan ketahanan seperti mengangkat berat atau latihan kekuatan adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak degil. Itu adalah sangat penting terutamanya bagi anda yang sudah meningkat usia.
Bermula pada usia 30-an, wanita kebanyakannya akan hilang berat badan dan otot sebanyak kira-kira 0.23kg (0.5 pound) setiap tahun. Lelaki pula biasanya akan mempunyai otot lebih lama, tetapi akan mula kehilangan otot dengan kadar yang tinggi bermula usia 60 tahun. Oleh kerana otot biasanya dibakar melalui pembakaran kalori walaupun ketika sedang berehat, kehilangan otot ini akan menyebabkan penurunan metabolisma. Inilah salah satu sebab utama mengapa kita dapat melihat simptom penuaan bermula pada usia 40 tahun.
Betulkan kesilapan: Cuba sertakan latihan kekuatan pada hari anda melakukan kardio. Angkat berat sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Anda terperangkap di zon pembakaran lemak.
Jika anda menggunakan treadmill, eleptical, atau mana-mana mesin kardio di gim, anda mungkin dapat melihat satu programming di mana ia mempunyai option untuk memilih zon ‘fat-burning’. Berdasarkan fakta, pada intensiti yang lebih rendah, tubuh anda akan membakar peratus lemak yang tinggi! Anda tidak perlu bekerja lebih dan anda dapat mengurangkan lemak di perut, pinggul dan peha anda dengan cepat.Tapi jika anda fikir betul-betul, pada penggunaan tenaga badan yang rendah, badan anda akan membakar lemak dengan peratus yang lebih tinggi berbanding karbohidrat, tetapi secara keseluruhan ia masih membakar kalori dengan jumlah yang sedikit.
Contohnya, seorang wanita yang mempunyai berat badan 68kg yang berjalan di atas treadmill pada kelajuan 5km/sejam, sebanyak 112 kalori akan dibakar dalam masa 30 minit. Pada kadar penggunaan tenaga yang sederhana ini, wanita itu telah membakar separuh kalori yang didapati dari lemak atau sebanyak 56 kalori lemak. Sebaliknya, jika dia melakukan workout selama 30 minit pada kadar 6km/sejam, hanya sebanyak 40% kalori berkemungkinan dari lemak yang akan dibakar. Tetapi perlu diingat, secara keseluruhannya dia akan dapat membakar sejumlah 170 kalori dalam masa 30 minit. Oleh itu sebanyak 68 kalori dari lemak yang akan terbakar. Ini bermaksud, jumlah pembakaran kalori dari lemak adalah lebih tinggi pada intensiti latihan yang lebih tinggi.
Betulkan kesilapan: Bakar lebih banyak kalori dan jadikan kalori yang dibakar itu adalah kalori daripada lemak di dalam badan dengan menambah kesuluruhan usaha dan intensity latihan. Cara yang terbaik adalah melakulan latihan yang berintensiti tinggi berselang seli dengan intensiti atau kelajuan yang perlahan.
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com
Wah menarik info pasal senaman ni :)
ReplyDeleteaduihh bakar kalori tu mrmang mrncabar sebab setiap hari makan terlebih kalori sokmo huhu
ReplyDelete