Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Wednesday, January 21, 2015

Keburukan Alfalfa

pengedar shaklee bukit mertajam
Alfalfa ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai akar yang mampu memcapai sedalam 20-30 kaki ke dalam tanah dan boleh menyerap mineral yang tidak boleh didapati di permukaan tanah. Ia lebih dikenali sebagai "Father of Plants". Alfalfa kaya dengan vitamin, mineral dan pelbagai nutrien lain yang memainkan peranan penting untuk kekuatan dan pertumbuhan tulang serta badan yang sihat. Ia mengandungi protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin B6, vitamin C, vitamin E , dan vitamin K. Ia juga mengandungi kalsium, pottassium, karoten, zat besi, dan zink. Ia boleh diambil dalam bentuk benih, daun atau tablet. 
 

Apakah kegunaan Alfalfa?
Alfalfa telah digunakan oleh Kaum Cina sejak lama dahulu untuk merawat beberapa jenis penyakit. Ia merupakan sumber tanah yang terkaya dengan hasil mineral. Kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien lain Alfalfa menjadi ubat herba yang sangat mengagumkan. Antara faedah khususnya termasuk:

  • Memulihkan masalah-masalah buah pinggang , dan melegakan bendalir yang tersekat dan bengkak.
  • Memulihkan gangguan autoimun.
  • Memulihkan artritis/penyakit sendi.
  • Memelihara sistem pencernaan, sistem kencing (mencegah batu karang), rangka dan kelenjar.
  • Membersihkan darah, hati dan usus.
  • Merendahkan tahap kolesterol.
  • Mencegah strok.
  • Memulihkan batuk kokol. 

Apakah Kesan Buruk Alfalfa?
Seperti semua produk herba, pengambilan secara sederhana boleh mengelakkan tindak balas negatif. Misalnya, pengambilan alfalfa secara berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel darah merah.

Penyelidikan telah mendapati sumber yang tinggi kandungan L-
canavanine, iaitu sejenis asid amino yang ditemui dalam alfalfa, boleh menyebabkan sel darah yang luar biasa, pembesaran limpa dan boleh memburukkan penyakit SLE (lupus). Bagaimanapun , L-canavanine biasanya cuma dijumpai di benih dan tunas alfalfa tetapi ia tiada dalam alfalfa tahap matang. Maka, teh alfalfa dan kapsul yang dibuat daripada daun dijangkakan tidak mengandungi L-canavanine

Adalah disarankan juga untuk mengelakkan pengambilan alfalfa secara harian atau sebagai suplemen semasa hamil disebabkan oleh ada komponenm alfalfa yang berpotensi memberikan kesan-kesan estrogenik.  

Jika anda sedang mengambil warfarin, kandungan vitamin K yang tinggi alfalfa mungkin membuatnya mengurangkan keberkesanannya.


sumber: http://www.homeremediesweb.com/, http://www.bidmc.org/


Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee
Diperbuat daripada tumbuhan Alfalfa (medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas bahan kimia. Medicago sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan matang. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. 

Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil akan dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain akan dilupuskan. 

Daun-daun yang telah kering akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dimampatkan menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dengan pengawasan yang ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa. 


  
Dapatkan Promosi Alfalfa Complex sepanjang Januari 2015! 

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

1 comment:

  1. Sebab tu ada golongan yang tak boleh makan alfalfa ni kan...

    ReplyDelete