Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Monday, January 6, 2014

Selamat Tahun Baru & Master Celebration 4 Jan 2014 !!

Selamat datang 2014!...berakhirlah episod 2013, dimana berlakunya pelbagai perubahan dan peningkatan rank saya didalam bisnes Shaklee. Alhamdullilah, dikurniakan rezeki yang makin hari bertambah baik dengan ahli group SM yang sentiasa bersemangat dan semakin bertambah jumlah keahliannya. Ini bermakna, makin besar tanggungjawab saya terhadap bisnes partner dalam memberi pelbagai ilmu, tips dalam bisnes Shaklee yang semakin mendapat perhatian dan menjadi pilihan untuk menjana pendapatan sampingan mahupong sumber kewangan untuk surirumah seperti saya. 

Ya! saya seorang ibu, yang melepaskan kerjaya saya sebagai seorang programmer demi memenuhi tanggungjawab seorang isteri dan baru bergelar ibu ketika itu untuk berhijrah ke Penang dan menetap bersama suami. Sehingga saat ini, saya masih bergelar surirumah tapi kini diceriakan lagi dengan 3 anak-anak-anak terhebat. Dan perbezaan ketara sekarang adalah, saya bukan lagi surirumah yang hanya menjalankan rutin seorang isteri dan ibu,dari pagi sehingga ke malam, tetapi kini saya mempunyai pendapatan bulanan 4 angka dan dapat membantu suami bersama mengukuhkan kewangan dan mencorakkan kehidupan keluarga kami kearah yang lebih baik. 

Saya memulakan langkah mencari ilmu bisnes dengan menghadiri training yang disediakan oleh pihak Shaklee, seperti NDT, BOM, Workshop, Health Talk session


Dan bila mengetahui Upline: Genkimomma, saya akan mengadakan seminar untuk orang-orang Utara, bertempat di BayView GeorgeTown Hotel, Penang, tanpa berfikir panjang saya menghadirinya untuk menuntut ilmu dan mengetahui rahsia-rahsia kejayaan mereka yang hebat ini sehingga berjaya bergelar Master Coordinator walaupon permulaannya beliau hanya menjalankan bisnes Shaklee ini secara sampingan, dan bagaimana beliau begitu yakin dengan pendapatan dari Shaklee (yang telah berganda-ganda berbanding gajinya ketika itu!) sehingga mengambil keputusan berhenti kerja dan memilih untuk 100% menjalankan bisnes ini dari rumah! Padahal beliau baru sahaja menamatkan pengajian Master Degree beberapa bulan sebelum itu. Beliau sangat berbangga titlenya sebagai Work At Home Moms yang saya rasa impian semua ibu (yang jika diberikan pilihan), tentunya mahu melihat perkembangan anak-anak setiap masa, mendengar perkataan pertama mereka, melihat langkah pertama mereka! 


Pembukaan 2014 untuk dunia Shaklee saya dimulakan dengan kemeriahan Master Coordinator Celebration (MasCel) Upline saya, Master Arnie! Genap setahun selepas beliau berada pada peringkat tertinggi dalam bisnes shaklee. Majlis itu 100% ditaja oleh pihak Shaklee. Sangat teruja untuk menghadirinya dan merasai sendiri suasana dan aura majlis tersebut. Sebelum ini, hanya berpeluang untuk melihat gambar-gambar MasCel master-master yang telah berjaya secara online sahaja. Tahniah Master Arnie, so proud of you! 
Apa yang dapat kita lihat hanya kejayaan beliau hari ini, tapi kita tidak tahu kepayahan dan cabarannya untuk beliau berada selesa pada tahap ini. Pada MasCel tersebut, segalanya dikongsi kepada kami, anak-anak didiknya sehingga tersentuh hati, barulah sedar bukanlah mudah untuk berjaya, hati mesti kuat! berhenti mengeluh! Jangan BERALASAN lagi. Cari jalan untuk bertindak!





Bersama Master Arnie & Presidential Master Norita


Semoga dengan permulaan yang baik tahun ini akan berterusan memberi semangat dan motivasi untuk saya melakukan peningkatan dalam bisnes ini dalam merubah masa depan saya sekeluarga dan kawan-kawan bisnes serta masyarakat sekeliling. Diri kita merupakan tanggungjawab terbesar untuk dijaga dan dididik dengan amalan pemakanan yang sihat, fikiran yang sentiasa positif, beristiqamah dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri pada Allah. Moga diperluaskan pintu rezeki dari semua arah untuk kami Group Genkimomma! Amin.

Ingin mengetahui lebih lanjut Bisnes Shaklee?

Untuk maklumat lebih lanjut:
✿ PM / SMS/ WhatsApp/ Call : 017-6156165 (Muni Mahmud)
✿ Email : muni.mahmud@gmail.com

2 comments:

  1. wahhh tahniah muni...kagum dengan kesungguhan muni...:-) semoga muni akan terus maju...

    ReplyDelete
  2. Thanks Nini... :) moga diperluaskan rezeki dalam bisnes ni..

    ReplyDelete