Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Thursday, January 30, 2014

AJHT - Untuk Kelegaan Sendi

AJHT (Advanced Joint Health Tablet)

Advanced Joint Health

AJHT memberikan manfaat kepada send-sendi sihat dalam 3 cara:

  • Menyokong keselesaan sendi. 
Mempunyai kandungan ekstrak Boswellia, yang menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.

Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

  • Bertindak sebagai kusyen
Mempunyai kandungan ekstrak Jagung, yang membantu mengekalkan tulang rawan.

Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Malah, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

  • Memelihara tisu penyambung yang sihat. 
Mempunyai kandungan Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C, yang mengandungi nutrien penting dalam kesihatan sendi.

Ia membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain, yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Advanced Joint Health


Bolehkah diambil oleh Ibu Menyusu?

Kandungan AJHT mengandungi Boswellia Serrata iaitu herba yang terkenal di India. Belum ada kajian yang khusus ia selamat untuk ibu mengandung dan menyusukan anak. Namun ibu menyusu boleh cuba ambil namun balik kepada keserasian badan. Khuatir ia memberi kesan kepada bayi. Jika si ibu benar-benar memerlukan AJHT, mungkin pengambilan seminggu sekali sahaja dan tidak lebih dari itu.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.Hubungi saya untuk maklumat lanjut: 
✿ Pengedar Shaklee Penang : Muni Mahmud
✿ SMS/ Whatapps / Call : 0176156165 (for fast response)
Email : muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

No comments:

Post a Comment