Oligomenorea adalah keadaan merujuk kepada haid yang tidak tetap, biasanya diantara 2 hingga 6 bulan sekali dan pendarahan mungkin berpanjangan.
Amenorea primer ialah kegagalan menstabilkan kedatangan haid. Ia dikategorikan sebagai tidak normal, jika remaja perempuan tiada perkembangan fizikal secara seksual pada usia 14 tahun, atau remaja yang normal perkembangan fizikal dan seksualnya tetapi tidak datang haidnya pada umur 16 tahun. Amenorea primer hanya berlaku kepada kira-kira 3 remaja dalam per 1000.
Definasi amenorea sekunder adalah haid yang tidak datang berturut-turut selama 6 bulan bagi wanita yang kedatangan haidnya biasanya tetap setiap bulan. Amenorea sekunder mungkin disebabkan masalah ginekologi atau pertukaran fisiologi seperti jika mengandung atau mencapai menopos.
Amenorea sekunder berlaku kepada 3% remaja perempuan. Lebih 50% wanita pelari jarak jauh dan lebih dari 44% kalangan penari balet mungkin mengalami amenorea sekunder disebabkan aktiviti fizikal yang keterlaluan dan terlalu kurus.
TANDA DAN GEJALA
Banyak penyebab kemungkinan berlaku. Termasuklah:
- Senaman yang melampau biasanya di kalangan ahli sukan - atlet.
- Kurang berat badan yang teruk - hasil pemakanan yang tidak sempurna (berat dalam KG dibahagi dengan ketinggian dalam M²) kurang daripada 19 (kadar normal adalah 20 hingga 25 kg/m².
- Tekanan perasaan yang teruk dan gangguan pada emosi
- Gangguan kepada ovari untuk mengeluarkan telur
- Pengambilan pelbagai jenis ubatan
- Kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga
- Sindrom Polisistik ovari iaitu keadaan terdapatnya multilple cysts pada ovari, mandul, obesiti dan gangguan hormon.
- Penyakit yang lama dihidapi, atau aktiviti kelenjar tiroid yang kurang atau lebih
- Hormon yang mengawal ovulasi dan haid yang dikeluarkan oleh kelenjar hypothalamus pada paras luarbiasa (yang seterusnya mengawal kelenjar pituitary).
Sebab lain amenorea termasuk:
- Tiada vagina atau rahim atau keduanya semasa lahir
- selaput dara yang menutup vagina keseluruhannya
Terdapat kes yang jarang berlaku di mana jantina sebenar kanak-kanak masih tidak dapat ditentukan kerana organ genitalnya tidak terbentuk dengan baik semasa lahir.
sumber: http://www.myhealth.gov.my
Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.
No comments:
Post a Comment