Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Wednesday, September 25, 2013

Kenali 5 Jenis Vitamin C Tambahan

Vitamin C merupakan antioksidan yang kuat yang amat bermanfaat bagi kesihatan tubuh.
Selain dari makanan, sebahagian individu mungkin perlu mendapatkan 
tambahan vitamin C untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh.

Kini di pasaran telah tersedia pelbagai jenis suplemen vitamin C. Berikut adalah 5 jenis vitamin C yang biasa dijual di farmasi atau dibekalkan oleh klinik:

1. Asid askorbik

Asid askorbik merupakan bentuk asli vitamin C dan mempunyai rasa yang tajam (kuat). Sebahagian besar suplemen vitamin C mengandungi asid askorbik.

Tapi bagi orang yang mempunyai perut sensitif mungkin perlu berhati-hati kerana asid askorbik boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.

2. Kalsium askorbat


Kalsium askorbat adalah asid askorbik yang berikatan dengan kalsium, menyediakan bentuk non-acidic
 dari vitamin C yang sesuai pada sistem pencernaan. Selain vitamin C, kalsium askorbat juga menyediakan sumber kalsium.

3. Magnesium askorbat

Magnesium askorbat adalah asid askorbik yang berikatan dengan magnesium. Zat ini juga merupakan bentuk 
non-acidic dari vitamin C yang sangat mudah diserap serta lembut di perut. Selain vitamin C, magnesium askorbat juga menyediaan sumber magnesium.

4. Ester C

Ester C adalah formulasi yang telah dipatenkan dari vitamin C dalam bentuk kalsium askorbat yang membuatnya mudah diserap dan bersifat 
non-acidic. Ester C menyediakan vitamin C  berdos tinggi dan harganya agak mahal.

5.Tablet atau Serbuk

Serbuk vitamin C akan lebih cepat diserap kerana tidak perlu dicernakan terlebih dahulu. Serbuk vitamin C tidak mengandungi agen tablet tambahan.

Sedangkan, vitamin C dalam bentuk tablet akan dilepaskan oleh tubuh secara perlahan-lahan selama 6-8 jam (sustained release). Ini lebih menguntungkan daripada perlu mengambil vitamin C dalam dos yang kecil dengan kerap.

Tips Tambahan

Jangan mengambil suplemen vitamin C dengan air paip kerana logam dalam air paip (tembaga dan besi) akan mengoksidakan C vitamin dan membuat khasiatnya berkurang.
Dianjurkan untuk minum vitamin C dengan air mineral atau jus.



Berita baik untuk semua yang sudah lama menunggu Vita C Plus Sustained Release. Ia KINI KEMBALI ke pasaran! Milikinya segera!




Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:

SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com


No comments:

Post a Comment