Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Saturday, August 24, 2013

Hamil..vitamin apa yang sesuai?

Kehamilan merupakan sesuatu pengalaman yang sangat mengujakan khususnya bagi wanita yang pertama kali melaluinya. Bermula saat disahkan hamil, si ibu akan sentiasa mementingkan keperluan untuk tumbesaran bayi dalam kandungannya. Termasuklah dari segi pemakanan, aktiviti kercergasan, kestabilan emosi dan pelbagai lagi. Kehamilan biasanya dibahagikan kepada tiga tempoh, atau trimester, setiap satu selama tiga bulan. Walaupun tiada peraturan yang khusus atau tetap (hard and fast rules), perbezaan ini adalah berguna bagi menggambarkan perubahan yang belaku menurut perubahan masa.

Trimester Pertama
Bulan pertama - 3. Permulaan apabila embrio yang berkembang melekat pada lapisan endometrial pada dinding uterus wanita. Muntah pagi dialami sekitar tujuh puluh peratus kesemua wanita mengandung, biasanya hanya pada trimester pertama. Kebanyakan keguguran juga boleh berlaku pada tempoh ini.

Trimester Kedua
Bulan ke 4 - 6. Kebanyakan wanita rasa lebih bertenaga dalam tempoh ini, dan mula menambah berat ketika morning sickness semakin berkurangan. Pergerakan pertama fetus dapat dirasai dan ia mulai membentuk pada betuk yang dapat dikenali. Ini biasanya berlaku pada bulan keempat. Tembuni (placenta) kini berfungsi sepenuhnya dan fetus mulai menghasilkan insulin dan kencing. Gigi mulai terbentuk dalam gusi bayi dan organ pembiakan dapat dikenali, dan fetus dikenali sebagai lelaki atau perempuan.

Trimester ketiga
Bulan ke 7 - 9. Peningkatan berat terakhir berlaku pada tempoh ini, dan fetus mulai bergerak secara tetap. Pusat ibu kadangkala terkeluar disebabkan perutnya yang membesar. Tempoh kehamilan ini boleh menjadi kurang selesa disebabkan pundi kencing lemah dan sakit belakang. Pergerakan bayi semakin kuat dan lebih kerap dan fetus bersedia untuk mandiri diliar rahim dengan peningkatan fungsi otot, otak dan mata.

Antara pemakanan yang penting ketika hamil

Asid folik (= folates = Vitamin B9) amat diperlukan pada permulaan kehamilan, malah sebelum persenyawaan. Asid folik diperlukan bagi menutup tiub saraf. Ia dengan itu menghalang spina bifida, kecacatan teruk pada bayi. Folate (dari folia, daun) banyak terdapat dalam bayam (segar, dingin atau ditinkan), dan juga terdapat dalam sayuran hijau, salad, tembikai, dan hummus. Di Amerika Syarikat, kebanyakan keluaran gandum (tepung, mee) ditambah dengan asid folik.

Kalsium dan Zat besi amat diperlukan oleh fetus yang cepat membesar. Wanita mengandung dengan itu perlu makan keluaran tenusu (bagi kalsium) dan daging merah (bagi zat besi) sekiranya mereka bukannya pemakan sayuran (vegetarian). Wanita seringkali diberikan pil zat besi, disebabkan ramai wanita muda mendapat anemia lemah (kekurangan zat besi mendorong kepada kekurangan sel darah merah). Kalsium hanya berkesan sekiranya wanita mempunyai cukup vitamin D. Cara terbaik mendapatkan vitamin D adalah untuk berjemur setiap hari selama 10-15 minit. Ikan salmon dan ikan berlemak juga merupakan sumber vitamin D yang baik.

Fluorine membantu membina gigi yang kukuh, dengan menukar kristal kalsium semulajadi: sekiranya air dan garam tidak mempunyai fluorine, adalah bijak bagi mengambil pil mini fluorine pada penghujung kehamilan dan semasa penyusuan dada (tetapi awas dos tinggi adalah beracun!). Di kebanyakan bandar Amerika, air minum ditambah dengan fluorine. Sesetengah wanita mengandung mengalami edema, dan diberitahu untuk mengurangkan pengambilan garam.

Lemak dari ikan salmon, trout, tuna, herring, sardine, dan mackerel mengandungi asid lemak omega 3 (n-3) rantaian panjang yang diperlukan bagi membina membran neuron. Dengan itu pengambilan ikan berlemak semasa mengandung membantu membina otak bayi dan retina. Bagaimanapun, ikan besar seperti tuna dan ikan layaran (swordfish) mungkin mengandungi terlalu banyak raksa beracun, dan seseorang perlu mengimbangi risiko dengan kebaikan: ikan 2 atau 3 kali seminggu kelihatannya memberi cukup lemak, tetapi tidak terlalu banyak raksa.

sumber: ms.wikipedia.org/wiki/Kehamilan#

Vitamin yang dicadangkan untuk kesihatan sepanjang kehamilan

Vitalea - multivitamin yang dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting.
B Complex - mengandungi 8 vitamin B yang lengkap termasuk asid folik, mengurangkan rasa loya dan mengawal kestabilan emosi ibu hamil.
Vitamin C Plus - menguatkan sel-sel tisu dalam badan, membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Ostematrix - kalsium yang turut mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan tulang yang lebih baik.
Omegaguard - merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Setiap hidangan menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.


No comments:

Post a Comment