Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol Kerap kali ini adalah tidak benar . Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :
- Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
- Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
- Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
- Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.
- Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
- Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
- Ibu mengalami tekanan emosi.
- Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
- Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
- Pastikan bayi melekap dengan betul.
- Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
- Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.
- Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
- Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
- Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
- Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
- Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
- Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.
- Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.
- Bayi cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.
ESP:
mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Disamping itu Isoflavone melambatkan, membantu melembap, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara. Merupakan sumber protein yang baik untuk ibu dan bayi.
Alfalfa Complex:
telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Juga agen detox yang baik untuk kesihatan buah pinggang dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.
Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.
No comments:
Post a Comment